Pertubuhan IKRAM Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam tentera Israel menceroboh Masjid al-Aqsa dan mencederakan ratusan jemaah yang sedang beribadah di masjid itu baru-baru ini.
IKRAM menyifatkan pencerobohan yang dilakukan pada hari-hari akhir Ramadan ini sebagai tidak berperikemanusiaan oleh negara haram itu yang sentiasa melanggar undang-undang antarabangsa.
IKRAM menyambut baik tindakan kerajaan Malaysia dan pelbagai pihak yang mengutuk kezaliman ini serta menyeru negara-negara di dunia dan masyarakat antarabangsa agar memberikan tekanan demi tekanan terhadap Israel dengan pelbagai cara.
IKRAM juga mendesak supaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta kuasa-kuasa besar untuk bertindak segera bagi menghentikan siri pencerobohan dan kezaliman Israel ini.
Mengambil keberkatan sepuluh malam akhir Ramadan, kita mendoakan agar rakyat Palestin dan umat Islam sentiasa teguh mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa serta Israel yang zalim segera tumbang kerana kezalimannya.
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
—
[English Version]
Media Statement
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 May 2021
IKRAM CONDEMNS THE INTRUSION OF ISRAELI FORCES ON MASJID AL-AQSA
IKRAM categorically condemns Israel’s heinous infringement upon Masjid al-Aqsa which injured hundreds during congregational prayer.
IKRAM deems the strike conducted during the remaining days of Ramadan as an inhumane act by the illegal state, which constantly violates international law.
IKRAM commends the denouncement of the attack by the Malaysian government and other parties, and calls upon other nations together with the international community at large to keep pressurising Israel through various means.
IKRAM also urges the United Nations (UN), Organisation of Islamic Countries (OIC) and the superpowers of the world to act immediately and bring a halt to Israel’s repeated infringements and wrongdoings.
We pray during these last blessed days of Ramadan that the Palestinian people and the Muslim ummah are steadfast in defending the sanctity of Masjid al-Aqsa and that the transgressions of the Israeli regime expediate its downfall.
Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia