Bersama jayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Ini merupakan satu langkah yang sangat tepat oleh kerajaan. Dalam melawan Covid-19, rakyat harus didedahkan dengan maklumat terperinci dan terkini. Dengan itu, keputusan-keputusan yang sepatutnya boleh diambil baik di peringkat individu, keluarga, pimpinan masyarakat, syarikat-syarikat, pihak berkuasa, kerajaan tempatan, negeri dan sebagainya.

 

Program Imunisasi Covid-19 yang dimulakan dengan suntikan pertama kepada YAB Perdana Menteri (PM) pada 23 Februari yang lalu mensasarkan pemberian vaksin kepada 500,000 orang untuk pusingan pertama.

 

Menteri dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa seramai 301,699 orang telah divaksin dengan 664,560 dos telah diberikan. Jumlah jemputan vaksin yang dikeluarkan pula adalah sebanyak 391,877 jemputan. 

 

Selain itu, YB Khairy juga memaklumkan perincian penghantaran bekalan vaksin termasuk ketibaan vaksin Sinovac pada 18 Mac dengan beliau sendiri bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerimanya. Ia satu langkah yang perlu dipuji kerana tindakan itu akan meningkatkan keyakinan ramai terhadap vaksin tersebut.

 

Apa yang menarik adalah fakta bahawa hanya 22.8 peratus daripada penduduk Malaysia yang akan divaksin telah mendaftarkan diri untuk menerima vaksin. Jumlah ini membimbangkan kerana ia bakal membantutkan proses pemberian vaksin fasa kedua nanti yang akan melibatkan 9.4 juta penerima sehingga Ogos 2021. 

 

Didedahkan juga setakat 13 Mac, seramai 5,534,114 individu telah mendaftar melalui MySejahtera dan seramai 404,399 individu telah mendaftar melalui laman web dan panggilan telefon dengan beberapa nama yang bertindan dan kerajaan  memaklumkan bahawa data itu sedang dimurnikan.

 

Di samping itu, terdapat 1.4 juta individu yang telah mendaftar untuk menerima vaksin diminta melengkapkan pendaftaran mereka seperti alamat tempat tinggal dan penilaian kesihatan bagi membolehkan tarikh janji temu diatur.

 

Disebut juga cabaran mendaftarkan warga emas 60 tahun ke atas untuk menerima vaksin dan dimaklumkan bahawa kerjasama telah dibuat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk mengenal pasti ahli di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ahli di bawah Pusat Aktiviti Warga Emas.  

 

Selain isu teknikal pendaftaran, kebimbangan orang ramai mengenai keberkesanan vaksin perlu diberi jawapan dan penerangan. Seruan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, penasihat khas kesihatan awam kepada PM yang meminta supaya pendekatan Whole-of-Society diaplikasikan sangat tepat. Usaha ini tonggak utamanya perlu digerakkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang wujud seluruh Malaysia.

 

Tan Sri Dr Jemilah memaklumkan bahawa seramai 6,000 orang sukarelawan diperlukan bagi usaha imunisasi sehari. Banyak usaha yang telah muncul di lapangan seperti usaha mengumpulkan sejuta sukarelawan.

 

Usaha ini antaranya digerakkan oleh Volunteers for Community Engagement and Empowerment for Covid-19 (VCEE19) dan satu usaha sama antara kerajaan dan Bulan Sabit Merah Malaysia melalui Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) perlu disambut oleh rakyat Malaysia terutamanya anak muda. 

 

Di pihak kami mewakili IKRAM Muda Malaysia (IKRAM Muda), usaha telah dilakukan untuk menggalakkan seluruh kawasan dan negeri di Malaysia bagi melaksanakan program penerangan tentang keperluan vaksin Covid-19 kepada ribuan ahli IKRAM Muda.

 

Ahli yang telah mendapat vaksin dalam fasa pertama juga diminta untuk berkongsi pengalaman dan berkempen tentang keperluan mendapatkan vaksin melalui media sosial masing-masing. 

 

Di samping itu, ahli-ahli digalakkan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan dengan pelbagai platform yang telah tersedia dan dicadangkan untuk melaksanakan program pendaftaran vaksin dalam kalangan penduduk setempat masing-masing. Kami harap usaha ini dapat membantu kerajaan mencapai sasaran bilangan individu divaksin.

 

NGO-NGO lain disarankan melakukan perkara sama bagi membantu Program Imunisasi Nasional. Mewakili pihak IKRAM Muda, kami ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu pangkalan data khas sebagai rujukan kepada NGO-NGO dalam merencana program kepada masyarakat setempat. 

 

Akses data terperinci seperti peratus penduduk yang telah mendaftar di sesuatu kawasan amatlah berguna dalam melaksanakan kempen pendaftaran vaksin Covid-19, sebagai contoh.

 

Kerajaan juga diseru supaya menjadi penyelaras kepada NGO-NGO yang ingin membantu supaya usaha melawan Covid-19 dapat dilakukan dengan tersusun dan efisien seterusnya mencapai sasaran 80 peratus penduduk Malaysia yang patut divaksin menerima vaksin masing-masing sebelum tahun 2022.

 

Dr Syamimi Saadon
Timbalan Ketua IKRAM Muda Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia