Program ini sebagai penerusan program bagi Projek Wangi 2.0 (Wanita Giat Islah) yang bertemakan ‘Bermanfaat kepada orang lain’.
Pelbagai barangan sama ada berbentuk pakaian, perkakas rumah, buku-buku, lampin pakai buang, permainan kanak-kanak dan beg telah dikumpulkan daripada orang ramai untuk diberikan secara percuma kepada penduduk di sekitar kejiranan di kawasan tersebut.
Program ini merupakan anjuran bersama Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) dan juga Kuantan Prihatin. Walaupun masih lagi berada dalam situasi pandemik Covid-19 ini, pasar percuma ini masih dapat dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan bersesuaian dengan kehidupan kita dalam fasa norma baharu.
Melalui program ini, barangan yang terpakai dan masih elok masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain yang memerlukan dan tidak dibuang begitu sahaja.
Dengan cara ini, kita dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk memiliki barangan tersebut dan juga dapat menjamin kelestarian alam sekitar.
Maksud hadis Nabi SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR Ahmad, Thabrani & ad-Daruqutni)