Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Dr Hanim Salleh dan Sdr Muhammad Nazril Laharadi telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM baharu.
Profesor Hanim, 49, kini merupakan Ketua Wanita IKRAM Selangor dan Nazril, 38, merupakan mantan Presiden IKRAM United Kingdom & Eire sesi 2017/2018.
Pelantikan Profesor Hanim juga adalah selari dengan keperluan Perlembagaan IKRAM yang menghendaki sekurang-kurangnya tiga orang wanita menganggotai JKP. Beliau dijangka akan melepaskan jawatan Ketua Wanita IKRAM Selangor bagi memberi tumpuan kepada tugas sebagai JKP.
Kedua-dua lantikan Presiden ini telah disahkan dalam persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) yang berlangsung secara maya baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada Profesor Hanim dan Nazril. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Pejabat Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia