Keluarga asnaf terima bantuan komputer riba

Program ini diadakan dengan kerjasama  Yayasan Ikram Malaysia, IKRAM Kawasan Shah Alam serta Persatuan Wanita PPR Hicom (PERWACOM) melalui sumbangan orang ramai kepada Yayasan Ikram Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Tn Kamsani Nasir dalam ucapan pembukaannya berkata, asas sesebuah pembangunan negara bermula dengan pendidikan pada awal usia dan beliau berharap agar bantuan ini dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan.

 

“Saya juga berharap ibu bapa dapat memastikan apa yang disumbangkan ini memberi manfaat serta diuruskan dengan baik,” tambahnya.

 

Rata-rata penerima sangat menghargai sumbangan komputer riba ini kerana ia amat membantu pembelajaran dalam talian untuk anak-anak mereka dan mengelakkan daripada keciciran.

 

“Terima kasih banyak kepada pihak penyumbang. Sumbangan ini sangat membantu anak-anak saya belajar dan dapat meringankan beban kami,” kata salah seorang penerima.

 

Menurut Kamsani, Yayasan Ikram Malaysia akan terus membantu golongan yang memerlukan secara berperingkat dan bersasar.

 

Turut hadir sama bagi menjayakan program ini Dr Wan Najwa Wan Zohdi dan Hj Mahmud Ibrahim mewakili pengurusan Yayasan Ikram Malaysia dan Pengerusi PERWACOM, Puan Norizan Muhammad.

 

Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan bagi membeli peranti untuk keluarga asnaf, sila klik pautan https://www.billplz.com/peranti.

 

Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun berikut:

YAYASAN IKRAM MALAYSIA
Maybank
562142404402
Rujukan : Peranti

E-mel : sumbangan.yayasan@ikram.org.my

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia