Yakinlah dengan pertolongan Allah

Serta-merta saya diberi laluan. Pengawal keselamatan itu meminta maaf atas ketegasan beliau tadi. Saya berlalu sambil tersenyum. Saya faham tugas dan tanggungjawab pengawal keselamatan dan tidak berkecil hati dengan insiden tersebut.

 

Saya faham bahawa emosi saya perlu dikawal sebaik mungkin sebelum sesuatu program ceramah. Emosi yang terganggu akan memberi kesan negatif kepada mesej yang hendak disampaikan.

 

Sesampai di tempat ceramah, saya terpinga-pinga. Bagaimana hendak sampaikan ceramah dalam keadaan yang ada waktu tersebut? Orang ramai sedang sibuk berjual beli. Tempat ceramah pun tidak disediakan secara khusus.

 

Tapi pancaran LCD-nya cukup power. Sistem suaranya cukup mengujakan. Ini kali pertama saya berdepan dengan sistem suara sehebat ini. Saya yakin insya-Allah, Allah akan tolong.

 

Bahan ceramah yang saya paparkan sarat dengan klip video. Masya-Allah, bila terdengar sahaja salah satu daripada klip video, orang ramai mula berkerumun. Pendekkan cerita, ceramah dapat dijalankan dengan baik sekali. Ceramah mendapat satu audiens yang memberangsangkan.

 

Pada waktu itu saya tidak menduga ada wakil daripada IKIM yang datang. Pegawai tersebut telah melamar saya untuk ke IKIM bagi mengadakan satu perbincangan.

 

“Encik Hisham free pada waktu ini? Kami ingin menjemput tuan untuk menggantikan Dr Fadzilah Kamsah. Kebetulan beliau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Peserta dan tarikh sudah diputuskan. Tajuknya Komunikasi Berkesan.”

 

Saya tergamam, namun saya memberanikan diri dan menjawab, “Boleh insya-Allah.” Pada ketika itu saya tidak ada pun bahan ceramah tersebut. Tapi saya yakin Allah akan tolong. Saya nekad untuk mengumpulkan maklumat bagi membangunkan satu modul ceramah ‘Komunikasi Berkesan’.

 

Alhamdulillah, saya terima lamaran beliau pada ketika itu. Setelah membuat kajian dan carian daripada Internet, buku dan perbincangan dengan beberapa orang rakan, saya berjaya membangunkan satu modul ceramah bertajuk ‘Komunikasi Berkesan’ yang sarat juga dengan video yang berkaitan. Malahan modul tersebut saya ubah suai untuk slot setengah hari dan juga satu hari.

 

Berkat daripada usaha awal saya itu, saya berjaya menjalankan beberapa kursus dan menggerakkan beberapa modul program dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta. Saya dapat menjelajah hampir ke seluruh Malaysia bersama keluarga bagi menyempurnakan program yang dirancangkan.

 

Saya juga telah gabungkan dengan modul ‘Aku Insan Cemerlang’ bagi menjalankan beberapa program bersama pelajar-pelajar yang terkijal (bermasalah).

 

Teringat pada satu ketika, saya dijemput ke Sarawak bagi mengendalikan program dengan pelajar bermasalah di bawah tema ‘Aku Insan Cemerlang’. Itu merupakan program pertama saya bersama pelajar bermasalah.

 

Seperti biasa saya akan memberanikan diri menghadapi sesuatu yang baru kerana saya yakin dengan pertolongan Allah. Setelah seminggu berlalu, saya menghantar surat (pada waktu itu Whatsapp belum wujud) kepada setiap peserta. Salah seorang menjawab, “Saya tinggalkan apa yang selama ini saya ambil…. DADAH.”

 

Saya terkejut. Saya tidak sentuh pun aspek dadah dalam modul tersebut kerana saya tidak menjangka ada penagih dalam kalangan peserta. Namun, mereka dapat mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan sehingga sanggup meninggalkan satu amalan yang amat menakutkan kita.

 

Selepas pengalaman tersebut, saya dapat juga lamaran daripada beberapa sekolah. Tapi menggerakkan program untuk pelajar bermasalah ini banyak cabarannya. Saya akan ceritakan nanti dalam penulisan saya yang akan datang insya-Allah.

 

Allah SWT ada berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

 

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah UTM Skudai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia