Pendidik, merdekakan fikiranmu!

Sudah terang lagi bersuluh bahawa sistem pendidikan kerap bertukar apabila bertukarnya menteri. Adakah ini eksperimen kepada seorang pendidik? Maka, nyatalah di sini bahawa ditelan mati emak, diluah mati bapa.

 

Jika kita ingin menyenaraikan tugas seorang pendidik pada hari ini, adakah tugas pendidik itu hanya mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak bangsa?

 

Pendidik perlu menyampaikan sesuatu ilmu di dalam kelas ataupun di luar bilik darjah dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Justeru, adakah sekadar menyampaikan ilmu?

 

Apabila satu sistem sudah difahami, sistem lain pula harus difahami lagi. Tertanya hati pendidik, agaknya sampai bila sistem yang lebih demokrasi dan mesra pendidikan seperti negara maju yang lain akan diaplikasikan sekiranya eksperimen pendidikan sentiasa ada. Bilakah polemik ini akan berakhir?

 

Secara izharnya, pendidik pada hari ini harus tabah dan berlapang dada demi amanah dan tanggungjawab yang dipikul demi anak bangsa Malaysia.

 

Ayuh kita mengimbau kisah Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang tidak bertahan lama. Pertukaran PMR menjadi PT3 dan SPM pada tahun 2021 akan ada perubahan format kertas SPM kerana perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

 

Sesungguhnya pelaksanaan KSSM ini bagi merealisasikan agenda Gelombang Kedua, Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2016 hingga 2020. Oleh itu, KSSM dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tahun 2017 ketika pelajar di Tingkatan Satu.

 

“Ini tak boleh. Itu tak boleh. Apa yang boleh aku buat? Lantaklah. Asalkan aku masuk mengajar!” Keluhan ini ada di sudut hati seorang pendidik kerana pendidik hanya manusia biasa.

 

“Belajar online ni untunglah cikgu, makan gaji buta. Baik suruh cikgu jadi frontliner jaga itu ini daripada makan gaji buta duduk di rumah.” Keluhan ini akan ada untuk manusia yang hasad dengki.

 

Mungkin mereka tidak mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang pendidik. Musim COVID-19 yang masih belum reda ini, semakin bertambah tugas guru apabila terpaksa bekerja dari rumah.

 

Mereka terpaksa menyiapkan bahan untuk mengajar kelas online di samping tugas-tugas lain apabila berada di rumah. Adakah mereka perlu mengeluh andai itu amanah daripada Tuhan? Mungkin ada ganjaran pahala menanti pada hari perhitungan.

 

“Bebanmu akan semakin berat. Jiwamu harus kuat. Tetapi aku percaya langkahmu akan berjaya. Kuatkan peribadimu…” Itulah pesanan Hamka.

 

Hamka mengajak para pendidik supaya ingat kembali niat di hati ketika mengorak langkah untuk menjadi seorang pendidik. Dugaan dan cabaran itu akan tetap ada dalam menempuhi pancaroba kehidupan di bumi persinggahan.

 

Apabila sedih dan kecewa, janganlah cepat putus asa. Jadikan Allah sebagai matlamat dalam mendidik agar setiap masalah dapat diatasi dengan baik. Ingat! Jangan sesekali menyerahkan hidup kepada cabaran sekeliling.

 

Duhai pendidik, merdekakan masalahmu daripada pemikiran negatif agar dirimu berasa bahagia dengan amanah dan tanggungjawab ini.

 

Nadia Rawi
Guru SMI Aman, Kota Bharu

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia