Ketika dikuarantinkan di wad, tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, dua minggu kesunyian di hospital bertemankan jururawat dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, jururawat dan makcik cleaner, tanpa jemu jururawat membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga.
Rindu pasti meruntun jiwa terbayang wajah orang yang disayangi.
Selepas itu kesihatan makin merosot, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat.
Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu, ayah, anak dan isteri, maka percayalah kini sudah tiga minggu kita tidak menatap wajah anak isteri, ibu mahupun ayah.
Nazak menjelma, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan jururawat sedaya upaya memberi bantuan terakhir.
Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal.
Dan di tanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita.
Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat, perginya terlalu pantas dan tidak disangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh…
Dan pada ketika ini, BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME…
Siri Sudut Pandang Masyarakat (3)
Adaptasi sumber: Whatsapp
Foto: Astro Awani