Pengerusi Yayasan Buruj, Hj Idris Omar menyerahkan sumbangan itu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat IKRAM di sini.
Dalam majlis itu, IKRAM yang diwakili Presiden IKRAM, Dr Hj Parid Sheikh Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan daripada yayasan itu.
IKRAM yang merupakan pertubuhan dakwah menerima RM20,000 manakala selebihnya diberikan kepada institusi-institusi IKRAM yang terlibat dalam isu kemanusiaan luar negara, dakwah kepada bukan Islam, anak muda serta bantuan kebajikan dan khidmat masyarakat dalam negara.
Institusi-institusi IKRAM iaitu Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre Foundation, IKRAM Muda dan Yayasan IKRAM Malaysia masing-masing menerima RM150,000, RM100,000, RM30,000 dan RM50,000.
MyCARE diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Hidayah Centre Foundation diwakili Pengarah Dana, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, IKRAM Muda diwakili Timbalan Pengerusi, Mohd Hafiz Abdul Hamid manakala Yayasan IKRAM Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Kamsani Nasir.
Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Pengerusi Yayasan Buruj, Hjh Maziyah Hj Hassan.