Hari Wanita Antarabangsa 2019

Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac sebagai hari untuk mengiktiraf kedudukan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk bidang sosial, pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan politik.

Tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini adalah “Think equal, build smart, innovate for change” (Fikir kesamarataan, bina dengan kebijaksanaan, berinovasi untuk perubahan).

Tema sambutan pada tahun ini memberi fokus kepada usaha inovatif ke arah meningkatkan kesaksamaan gender dan pemberdayaan wanita terutamanya dari aspek perlindungan sosial, capaian kepada perkhidmatan awam dan peningkatan infrastruktur.

Wanita IKRAM melihat tema sambutan ini sebagai sesuatu yang tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, usaha melakar garis keseimbangan dalam melonjak pemberdayaan wanita, kesaksamaan gender, membina dengan kebijaksanaan serta berinovasi ke arah perubahan ini bukanlah suatu tugas yang mudah.

Wanita IKRAM juga meyakini bahawa usaha bersepadu dan lahirnya penyelesaian baharu dalam pelbagai sudut interaksi kehidupan wanita haruslah dengan hasrat untuk memartabatkan status wanita itu sendiri, bukan sahaja melalui ruang dan peluang untuk mereka berperanan sebaiknya, tetapi juga jaminan keselamatan, perlindungan, latihan dan pelbagai bentuk sokongan.

Menyedari perlunya penglibatan aktif wanita dalam masyarakat dan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019, Wanita IKRAM menyarankan beberapa penegasan berikut:

1. Mengiktiraf kepentingan wanita dalam seluruh sisi pembangunan samada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2. Mengiktiraf prinsip kesaksamaan lelaki dan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga melalui amalan bekerjasama, berganding bahu, permuafakatan serta saling melengkapi.

3. Mengiktiraf keupayaan dan kebebasan wanita memberi pandangan dan membuat keputusan dalam pelbagai peringkat, selaras dengan hasrat kerajaan yang mensasarkan 30% keterlibatan wanita sebagai pembuat keputusan.

4. Memberi galakan, sokongan, kemudahan dan prasarana khusus untuk wanita muda, ibu muda, ibu tunggal, wanita terpinggir, wanita kelainan upaya dan warga emas.

5. Meningkatkan kesejahteraan hidup wanita dengan penambahbaikan infrastruktur yang mengutamakan keselamatan wanita.

6. Menggalakkan penyediaan Aturan Kerja Anjal yang lebih meluas kepada pekerja wanita khususnya ibu muda bagi membolehkan mereka menyeimbangi masa antara kerjaya dan keluarga.

Kesemua penegasan di atas, jika diangkat dengan saksama sudah pasti dapat memperkasa dan memberdaya wanita ke arah pembentukan sahsiah, pemantapan institusi keluarga, pembinaan masyarakat yang sejahtera serta peradaban unggul yang menebarkan rahmah kepada seluruh alam.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2019.

Ustazah Hjh Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia