Dengan membawa tajuk “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, MyCARE membuat satu inisiatif baru dengan bertujuan mendidik pelarian Rohingya di Malaysia.
Lebih daripada 35 orang pemimpin Rohingya dari seluruh Malaysia telah hadir dalam sesi perkongsian ini termasuk wakil-wakil dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.
Panelis pertama, Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor begitu optimis untuk melihat pelarian-pelarian Rohingya ini dapat balik ke negara mereka dan menubuhkan sebuah negara yang berdaulat.
Panelis jemputan, Dr. Azizah Kassim, Pengerusi Refugee Support Group telah membentangkan satu kertas kerja mengenai sikap rakyat Malaysia serta kelakuan pelarian Rohingya di Malaysia.
Dr. Azizah mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam mengendalikan isu-isu pelarian di Malaysia.
Beliau mencadangkan beberapa inisiatif bagi mendidik pelarian Rohingya seperti membenarkan anak-anak pelarian ini bersekolah di sekolah kerajaan seperti yang dilaksanakan sebelum tahun 2002.
Tambahnya, pemimpin-pemimpin dalam kalangan mereka juga harus bersatu padu mendidik sikap pelarian Rohingya yang berada di Malaysia supaya tidak menimbulkan masalah sosial.
Semoga langkah pertama MyCARE ini dalam mendidik pelarian Rohingya secara holistik akan menjadi pemangkin usaha seterusnya.
Walau bagaimanapun, pelarian Rohingya yang mempunyai masalah sosial dan pernah menimbulkan masalah wajar dibantu kerana sistem pendidikan mereka telah dihapuskan sejak dahulu lagi oleh rejim Myanmar.
Sumber: MyCARE
Lagi foto: http://bit.ly/2x0u8EE