Rayuan Ramadhan: Sumbangan terkini lebih RM270,000

Masih berbaki 72.1 peratus untuk mencapai sasaran RM1 juta, pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan yakin jumlah tersebut mampu dicapai dengan sikap prihatin para penyumbang. 

Rayuan Ramadan IKRAM meneruskan tradisinya mengumpul dana bantuan kepada yang lebih memerlukan di dalam dan luar negara pada bulan Ramadhan melalui sedekah, fidyah, bantuan makanan, bantuan pendidikan serta bantuan infrastruktur.

Bertemakan “Ramadhan Rahmah, Prihatin Ummah”, program Rayuan Ramadhan buat pertama kalinya diluaskan kepada bantuan bersifat jangka panjang dan pembangunan, selain tajaan iftar dan bantuan makanan di 21 buah negara yang memerlukan. 

“Contohnya, seperti membina infrastruktur seperti telaga air dan tajaan pendidikan anak-anak, agar lebih bermakna kepada masyarakat dan golongan yang dibantu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

Program ini merupakan siri ke-19 kempen ini digerakkan oleh Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan IKRAM MUSLEH.

Sejak dilaksanakan pada tahun 1999/1420H, program Rayuan Ramadhan ini telah berjaya mengumpul sumbangan dan menyantuni serta diagihkan kepada lebih 660,000 orang penerima.

Mereka yang berminat menyumbang boleh memasukkan sumbangan ke akaun Bank Islam 1211 30100 49959 dan Maybank 5621 4240 5154 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA.

Untuk memudahkan urusan penyelarasan akaun, mohon pihak penyumbang menghantar slip pembayaran, bentuk sumbangan dan maklumat diri (nama penuh, no. telefon, e-mel dan alamat surat-menyurat) kepada pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan 1438H melalui 017-2766384 atau 011-60501137 (Whatsapps/Telegram) atau e-mel rayuan@ramadhan-qurban.org

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Sekretariat di talian 03-4101 2080, 017-2766384, no. faks: 03-41622762 atau e-mel rayuan@ramadhan-qurban.org. Untuk info lanjut, sila layari http://ramadhan-qurban.org.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti orang-orang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun.” (HR Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia