Selain memperkenalkan jawatankuasa tersebut, kunjungan itu bertujuan untuk berbincang bagaimana IKRAM dapat berperanan untuk membantu JAKIM dalam memperkasakan pendidikan agama dan tahfiz di Malaysia.
Setelah sesi taaruf, ketua rombongan Prof Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, telah membentangkan status Jawatankuasa Pendidikan IKRAM serta pencapaian Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) rangkaian IKRAM MUSLEH.
Turut serta dalam kunjungan Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor dan beberapa wakil jawatankuasa.
Dalam muzakarah dan perbincangan yang berjalan lancar dalam suasana penuh mesra dan mahabbah, pihak JAKIM turut berkongsi keprihatinan yang sama sebagaimana tujuan kunjungan ini diadakan ini.
Justeru, JAKIM turut mengalu-alukan tawaran Jawatankuasa Pendidikan IKRAM untuk membantu dan menyokong pendidikan agama dan tahfiz negara, serta akan berbincang mengenai tawaran ini dalam masa terdekat.
Antara pegawai JAKIM yang hadir adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Tn Hj Mazlan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Tn Hj Ruslan Said, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Islam Ustaz Zul Azli Ismail dan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Pn Norasikin Mamat.