Tema kesaksamaan hak pilihan tepat

Menurut Naib Presiden IKRAM, Ustaz Hj Burhanuddin Lukman semasa merasmikan wacana tersebut, ‘saksama’ adalah istilah yang tepat bagi menggambarkan hak wanita dalam Islam seperti mana yang didefinisikan oleh kamus Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) dengan maksud berhati-hati, tidak berprasangka, teliti dan adil.

“Kesaksamaan hak dan tanggungjawab perlu dibincang secara seimbang agar hak-hak yang dituntut bertepatan dan selari dengan syariat Islam,” jelasnya.

Tambah beliau, lelaki dan wanita, perlu saling membantu, saling menyokong, saling menghormati, lengkap melengkapi antara satu sama lain supaya mereka dapat berperanan sebaiknya mengikut kapasiti dan kebolehan masing-masing serta mengambil kira perbezaan sama ada daripada segi biologi, fisiologi, psikologi mahupun sosiologi.

    

Perasmian wacana, pelancaran Piagam Wanita Islam dan forum

Ustaz Burhanuddin turut mencadangkan, dalam mencapai matlamat ke arah Planet 50-50 pada tahun 2030 oleh PBB, profesion yang melibatkan kaum wanita seperti menjaga rumahtangga, menjaga anak-anak dan memelihara keluarga turut diambil kira supaya hak kedua-dua golongan lelaki mahupun wanita dapat diraikan.

“Pertubuhan IKRAM Malaysia yakini bahawa ianya tidak akan mampu untuk terbang jauh tanpa sumbangan dan sokongan daripada sayap Wanita IKRAM,” ucap beliau sebelum menutup ucapan perasmian.

Beliau turut berkesempatan melancarkan buku Piagam Wanita Islam versi tiga bahasa, yang merupakan satu inisiatif Wanita IKRAM dalam memberi kefahaman yang jelas mengenai kesaksamaan dan kesamarataan hak wanita berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam.

Wacana yang berlangsung pada Sabtu lalu di Crystall Ballroom, Mines 2 di sini dianjurkan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia.

Para peserta wacana turut dikongsikan dengan ucaptama Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim serta forum yang menampilkan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LLPKN), Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail serta Timbalan Ketua dan Naib Ketua Wanita IKRAM sebagai panel.

Turut hadir memberi sokongan adalah Hj Nahar Md Nor, Setiausaha Agung IKRAM serta Yang Dipertua IKRAM Selangor dan Negeri Sembilan serta wakil Yang Dipertua IKRAM Sabah dan Putrajaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia