“Kalau ketagihan ganja, kita ada pusat pemulihan dadah tetapi untuk ketagihan internet kita tidak ada tempat untuk dihantar. Malah, kesan ketagihannya sama seperti ketagihan yang lain,” tambah beliau yang juga pakar psikologi bunuh diri.
Menurutnya dalam dalam forum yang bertajuk “Keluarga Rahmah Rakyat Sejahtera”, pakar-pakar dalam bidang psikologi dan psikiatri telah meletakkan kayu ukur penggunaan telefon pintar atau Internet untuk anak-anak hanya tiga jam sehari.
Dari kiri: Panelis forum K. Juslly, Dr Zaharuddin dan Adnan serta moderator Pn Susilawati
“Isunya sekarang bukan kita kekurangan maklumat tetapi terlalu banyak maklumat sehingga ada yang tidak sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak,” ujar Adnan.
Beliau turut membuat pendedahan mengejutkan dengan mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara paling ramai di dunia yang mengakses Youtube.
Forum tersebut turut menampilkan Presiden MURSHID, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik K. Juslly Elis untuk membincangkan isu serangan siber yang berkaitan dengan pornografi.
Forum ini diadakan bersempena Karnival Keluarga Rahmah 1.0 bertemakan “Awas! Serangan Siber – Lindungi Keluarga Anda” di Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Ahad, 22 Januari 2017 anjuran IKRAM Wilayah Persekutuan dan JAWI.
Sumber foto: Wanita IKRAM WP | Nota forum: http://bit.ly/2jY3PaF