Aktiviti selama lima hari yang bermula dari 11 hingga 15 Disember 2016 itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 1,154 orang anggota Tunas KRS MUSLEH (TKRSM) dan KRS MUSLEH (KRSM) seluruh Malaysia.
Dengan membawa tema “Ukhuwah, Iman dan Taqwa Teras Kekuatan Generasi Rabbani”, para peserta didedahkan dengan beberapa pertandingan berbentuk kreativiti seperti pertandingan reka cipta dan masakan kreatif. PERNAS’16 juga diserikan dengan persembahan nasyid fatayat dan pentomen perjuangan rakyat Syria oleh anggota TKRSM serta persembahan SMI-Syabab oleh anggota KRSM.
Para anggota KRS MUSLEH dan Tunas KRS MUSLEH dalam majlis penutup PERNAS’16
Selain itu, mereka juga turut diberikan pengisian melalui ‘Bicara Remaja: Aceh Bumi Perjuangan’ dan slot perkongsian bersama MyCARE tentang Women’s Boat to Gaza. Malah, pertandingan-pertandingan yang sinonim dengan KRS seperti kawad kaki, ‘orienteering’, memanah tradisional dan seni mempertahankan diri (BaSeD) turut dijalankan.
Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara anggota-anggota KRSM, mengadakan aktiviti perkhemahan dan pertandingan kemahiran, menyuburkan ciri-ciri keperibadian Muslim dan kerja berpasukan, mengadakan pengisian kebudayaan, iman dan taqwa serta memberi peluang kepada peserta menambah mata dalam markah ko-kurukulum.
Dari kiri Kdr Ajit Singh, Tn Noorulanuar, Ustaz Megat Mohamed Amin dan Ustaz Shamsul Ma’arif
Majlis penutup PERNAS’16 telah disempurnakan oleh Tn Noorulanuar bin Baharudin, Penolong Pengarah Bahagian Ko-kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia mewakili Pengarah Bahagian.
Turut hadir dalam majlis tersebut Kem Komandan PLKN Pelangi Hill Resort, Kdr Ajit Singh a/l Sarjit Singh TLDM, Penaung KRS MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohd Noor, Penasihat 1 KRSM, Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail dan Pengerusi KRSM, Mejar Abd Rahaim Md Isa.
Semoga PERNAS kali ini dapat meningkatkan ukhuwah dalam kalangan peserta, membina keimanan seterusnya menyuburkan keperibadian Muslim dan semangat kerja berpasukan untuk dibawa pulang dan menjadi teladan kepada para pelajar yang lain, insya-Allah.
Foto majlis: http://bit.ly/2h593j2