Halang Zaytouna cabuli undang-undang maritim antarabangsa – Dr Hafidzi

 Tambah beliau, tindakan menyekat semua akses luar ke atas Gaza juga bertentangan dengan undang-undang hak asasi manusia yang menegah hukuman kolektif ke atas mana-mana komuniti.

“Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 2006 perlu dihentikan serta-merta kerana ia telah menyebabkan pelbagai kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduk Gaza.

“Malah, laporan UNRWA 2012 menganggarkan bahawa jika sekatan ini dibiar berterusan, Gaza tidak akan sesuai lagi dihuni menjelang 2020,” jelas Dr Hafidzi dalam sidang media MyCARE semalam di sini.

Sementara itu, Pengarah Misi Women’s Boat to Gaza (WBG) Malaysia, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, kapal Zaytouna-Oliva telah ditahan pada Rabu, 5 Oktober oleh tentera Israel kira-kira 35 batu nautika dari pantai Gaza pada jam 9.58 malam waktu Malaysia di mana turut ditahan Dr Fauziah Mohd Hasan bersama-sama 12 ahli misi yang lain dan dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali berkata, sememangya semasa isterinya, Dr Fauziah ditawarkan untuk turut serta dalam misi tersebut, mereka sudah membincangkan tentang keadaan atau senario yang mungkin berlaku.

“Dan sememangnya ini adalah senario (penahanan) yang paling besar kemungkinan berlaku dan beliau memang bersedia untuk keadaan itu,” ujar beliau yang turut hadir dalam sidang media MyCARE bersama seluruh ahli keluarganya bagi memberikan sokongan.

Wisma Putra dalam kenyataannya semalam mengesahkan pihaknya sudah berhubung dengan beberapa pihak berkepentingan bagi memastikan Dr Fauziah berada dalam keadaan selamat.

Dalam masa yang sama, IKRAM, Wanita IKRAM bersama NGO-NGO lain turut mengutuk penahanan tersebut.

“Mereka adalah 13 wanita cakna daripada pelbagai negara yang tidak bersenjata dalam tujuan misi keamanan untuk memecahkan tembok kepungan Israel ke atas Gaza,” demikian jelas Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Beliau turut mendesak agar rejim Israel memberi jaminan keselamatan semua tahanan, membebaskan mereka segera dan menggesa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan tekanan kepada Israel untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza yang bercanggah dengan semua prinsip kemanusiaan sejagat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia