“Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan mempertautkan ukhuwah di kalangan ahli IKRAM Negeri Sembilan dan ABIM Negeri Sembilan terutamanya di peringkat belia,” ujar Pengerusi JK Belia dan Remaja IKRAM Seremban Abu Hanifah Mohd Kamal
Perlawanan tersebut telah berlangsung di Padang Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban selama 60 minit (30 minit bagi separuh masa) berdasarkan format 9 Sebelah.
“IKRAM dan ABIM diharap dapat menjadi peneraju dalam amal belia di Negeri Sembilan ini.”
Dalam ucapan wakil kedua-dua pasukan tersebut, Presiden ABIM Mohamad Raimi dan Pengerusi JK Belia dan Remaja IKRAM Seremban Abu Hanifah menyatakan harapan agar program di antara kedua-dua belah pihak dapat diteruskan dan dapat menguatkan kerjasama dakwah di Negeri Sembilan ini khususnya.
“Hanya keharmonian dan kerjasama yang positif saja yang mampu memberikan impak yang baik pada masyarakat dan negara,” jelas Abu Hanifah.
Program ini berakhir dengan sarapan pagi dan borak-borak santai antara pemain dan penyokong kedua-dua belah pasukan yang hadir.
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Tokoh Belia Negara dan ASEAN 2014 saudara Jufitri Joha, turut bersama hadir menyaksikan perlawanan ini.
Foto: http://bit.ly/2dWTlaa