Majlis anjuran bersama IKRAM dan Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pegawai Operasi (KPO) Ibu Pejabat IKRAM, Hj Nordin Shafie dan diserikan dengan persembahan nasyid oleh Zeyad dan Head One serta ucapan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Majlis turut diserikan dengan pameran bahan dakwah dan perkongsian mualaf oleh Hidayah Centre Foundation (HCF), tazkirah Ustazah Maznah Daud, Naib Ketua Wanita IKRAM serta ucapan beberapa orang tetamu dan nasyid berbahasa Arab oleh aktivis NGO Palestin.
Ucapan KPO, persembahan nasyid dan ucapan Presiden IKRAM
Kira-kira 250 orang tetamu pelbagai kaum hadir yang terdiri daripada para anggota kejiranan Ibu Pejabat IKRAM, kakitangan dan wakil institusi-institusi IKRAM seperti Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), IKRAM MUSLEH, HCF serta wakil pelbagai NGO, pertubuhan masyarakat madani serta ahli politik.
Tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah raya seperti sate, nasi himpit, cendol, kek, bubur, roti jala, kuih raya termasuk hidangan makan tengahari.
Para tetamu memilih juadah dan menjamu selera
Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Pesuruhjaya SUHAKAM, Mr Jerald Joseph, Ahli Parlimen Serdang, YB Dr Ong Kian Ming dan Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan serta penulis buku ‘al-Muntalaq’, Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid (Abu Ammar).
Selain Bersih 2.0, wakil NGO-NGO lain yang hadir antaranya Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), He-Ping Muslim Society, Sisters in Islam (SIS), Pusat KOMAS, Bantah TPPA dan Tamil Foundation serta NGO Palestin iaitu Palestine Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan Al-Zaytouna Club for Women and Children.
Bergambar kenangan bersama sebahagian tetamu
Selain Dr Parid dan Hj Nordin, turut hadir meraikan tetamu ialah Timbalan Presiden IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin, Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Wanita IKRAM, Pengerusi BAKIM, Ustaz Abd Haris Bain serta para kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.
Semoga majlis ini dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara IKRAM dengan kejiranan ibu pejabatnya serta pelbagai pihak bagi mewujudkan suasana harmoni sempena Aidilfitri, insya-Allah.