Berdasarkan data daripada Syrian Observatory for Human Rights dan Al Jazeera, lebih 252 orang terkorban sejak minggu lalu termasuk 49 kanak-kanak yang menjadikan jumlah korban di Aleppo sejak tahun 2011 adalah 28,830 orang.
Pada Rabu lalu, Hospital al-Quds di Aleppo turut dibom pada mengorbankan lebih 30 orang termasuk doktor pakar kanak-kanak terakhir di sana, Dr Muhammad Waseem Moaz. Hospital ini merupakan hospital kelolaan NGO antarabangsa, Doctors Without Borders (MSF).
Serangan oleh rejim Bashar al-Assad dengan bantuan Rusia telah meningkat sejak seminggu lalu kononnya untuk memutuskan bekalan senjata kumpulan ‘pemberontak’. Serangan bom barrel terbaru di Aleppo adalah di kawasan Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo.
Kesan pengeboman berterusan sejak 2011 juga telah menyebabkan kemusanahan kepada warisan dunia yang diiktiraf oleh UNSECO iaitu Old City of Aleppo.
i4SYRIA merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan turut membantu kempen ini dengan bersama-sama menyumbang sama ada dalam berbentuk kewangan dan penyebaran maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain.
Bantuan akan difokuskan kepada makanan dan perubatan yang akan disalurkan melalui rakan NGO di sana. Dua langkah mudah untuk menyumbang:
1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Akaun Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592
2. Maklumkan melalui e-mel ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 012-2799734 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Aleppo’.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE di talian +603-8941 2341 (En Aiman). Tempoh kutipan berlangsung selama dua minggu iaitu bermula pada 2 Mei hingga 16 Mei 2016. Sumbangan anda amat dihargai.
Sila ikuti perkembangan terkini di Aleppo dan Syria melalui FB i4SYRIA.
Kredit foto: SBS News