Kesihatan mental kanak-kanak asas kecemerlangan ummah

Pengarah seminar Puan Fauziah Ashari dalam ucapan pembukaannya berkata, tahun ini pihaknya memilih untuk mengetengahkan tema tersebut berdasarkan peningkatan masalah kesihatan mental kanak-kanak yang dilihat semakin ketara pada hari ini. 

“Pemilihan tema pada tahun ini, sememangnya sejajar dan tepat masanya dengan isu terhadap peningkatan bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan mental di Malaysia serta juga di tempat lain dalam dunia,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kanak-Kanak Wanita IKRAM Selangor berkata, program ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai kesejahteraan kanak-kanak khususnya kesihatan mental yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Dilihat isu ini kurang diberi pendedahan tambahnya, pihaknya berharap seminar ini dapat memupuk kesedaran kepada ibu-bapa, para pendidik dan masyarakat mengenai kesejahteraan kanak-kanak dari sudut memelihara kesihatan akal atau mental mereka sejak zaman kanak-kanak.

    

Ucaptama Dr Hatta, forum dan sebahagian peserta yang hadir

“Yang paling utama adalah memberi kefahaman mengenai masalah mental dan tahap kesihatan mental di kalangan kanak-kanak Malaysia khususnya,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar pihak kerajaan dapat mengkaji semula semula polisi-polisi sedia ada yang melibatkan keluarga dan kanak-kanak serta sebarang perkaitan dengan gangguan terhadap kesihatan mental kanak-kanak.

Yang Dipertua IKRAM Selangor, Hj Norazmi Mat Noh dalam ucapan perasmiannya juga mengucapkan tahniah kepada Wanita IKRAM Selangor atas penganjuran program ini yang dilihat bertepatan pada masa sekarang yang terlalu banyak kes-kes yang melibatkan kesihatan mental kanak-kanak dan ekoran itu ibu bapa diminta memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Psikiatri Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS), Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dalam ucaptamanya berkata, kesihatan anak muslim dapat dibentuk melalui penerimaan kasih insan Rabbani, penyemaian akhlak mulia, penjelasan kebenaran dan kebatilan, pelaksanaan disiplin dengan kasih dan pengajaran islam,iman dan ihsan yang mana kesemua itu memerlukan peranan daripada ibu bapa.

Turut diadakan forum bertajuk ‘Kesihatan Mental Kanak-Kanak Menentukan Masa Depan Ummah Yang Gemilang’ menampilkan Pakar Psikologi Klinikal Dr Adnan Omar dan Pakar Psikiatari Prof. Madya Dr Fairuz Nazri dan Maryam Aizuddin bertindak sebagai moderator.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia