Syria: Penghijrahan pelarian terbesar selepas Perang Dunia ke-2

“Apa yang membimbangkan adalah peningkatan kehadiran kanak-kanak tanpa ditemani atau mereka yang terpisah daripada keluarga begitu juga wanita yang kesemuanya terdedah kepada penyakit, trauma keganasan, eksploitasi dan penyeludupan. 

“Lebih menyedihkan ialah apa yang berlaku dalam krisis dan peperangan, wanita dan kanak-kanak yang paling terkesan dalam konflik bersenjata dan keganasan berasaskan gender,” ujarnya dalam satu sidang media sempena Hari Wanita Antarabangsa 2016 pada Jumaat lalu di Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di sini.

Beliau yang juga Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) menyeru kepada masyarakat dunia dan badan-badan berwajib memberi perhatian serius terhadap kesengsaraaan yang dialami pelarian-pelarian ini khususnya wanita dan kanak-kanak.

Tambahnya, Rose2Rose turut menggesa masyarakat dunia agar memperakui peranan dan kepentingan wanita dan lelaki bekerja bersama, saling lengkap melengkapi dalam usaha menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih sejahtera, berasaskan sikap saling hormat menghormati, sedia dihisab dan bertanggungjawab.

“Rose2Rose percaya semua kanak-kanak perempuan dan wanita seharusnya diberi peluang yang luas untuk menimba ilmu dan memperoleh kemahiran kehidupan bagi memastikan kesejahteraan mereka serta anak-anak, keluarga dan masyarakat di bawah tanggungjawab mereka,” kata Norsham.

Beliau juga menggesa semua pihak untuk memberikan yang terbaik bagi meringankan kesengsaraan wanita dan kanak-kanak yang amat terkesan oleh tragedi-tragedi ini kerana wanita semestinya disayangi, dipelihara dan dilindungi setiap masa daripada bahaya dan tidak sama sekali diperlakukan sebaliknya.

Foto Sidang Media: http://on.fb.me/1THoVpQ
Kenyataan Media: http://on.fb.me/21qDVrh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia