Gerai Risalah Harmoni terima sambutan luar biasa

Tiga produk utamanya yang diterbitkan sempena PTI dan KMS 2015 terjual dengan jumlah di luar jangkaan di mana pakej buku tulisan Ustaz Alias Othman yang menggabungkan tiga buah buku beliau iaitu Akidah Sejahtera, Asas Memahami Ulum Al-Quran dan 8 Ciri Istimewa Islam terjual lebih 400 buah setiap satu judul. 

Di samping itu, CD album Satu Perjuangan yang menggabungkan empat buah kumpulan nasyid, Saff One, Zeyad, Fedaa’ dan Muharrik terjual hampir 1,000 unit manakala T-Shirt PTI yang dicetak sebanyak 300 unit telah habis terjual.

  

Pengurus Besar, RHSB Hj Wan Mohd Zukri mempamerkan tiga buah buku promosi dan kumpulan Zeyad sedang mempromosi CD album

Tiga buah buku Ustaz Alias Othman yang dinyatakan serta album CD Satu Perjuangan telah dilancarkan dalam sebuah slot khas RHSB dalam PTI. Kumpulan nasyid Zeyad telah mewakili seluruh team produksi dengan mendendangkan salah sebuah lagu dalam album tersebut yang berjudul Nahnu Ansarullah

Terkini, RHSB turut menawarkan diskaun hingga 30% bagi mereka yang membeli lima set buku karangan Ustaz Alias Othman dan lima unit CD album Satu Perjuangan di mana tawaran diskaun ini terbuka hingga 20 November 2015. Untuk tempahan, sila layari http://bit.ly/1Q347XE

Syarikat RHSB yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2014 berperanan untuk menerbitkan buku-buku, cenderamata IKRAM dan institusi serta agensinya. Risalah Harmoni Sdn Bhd (RHSB) boleh dihubungi melalui talian 019-257 4827, email admin@risalahharmoni.com dan portalnya www.risalahharmoni.com

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia