Muzakarah ini mengumpulkan 65 wakil Jawatankuasa Penerangan & Media IKRAM (IKRAMedia) di peringkat PANDAI; Pusat, Antarabangsa, Negeri, Daerah (Selangor), Agensi dan Institusi.
MIN14 dirasmikan oleh mantan Pengerusi IKRAMedia, Hj Mohd Fadzil Saleh. Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan struktur IKRAMedia di peringkat pusat dan penerangan tentang halatuju dan gerak kerja media menurut Perancangan IKRAM 2014-2015, yang disampaikan oleh Pengerusi IKRAMedia, Hj Mahdzir Md Isa.
Perasmian, penerangan Perancangan IKRAM dan modul latihan
Sesi ke-2 MIN14 diteruskan dengan perkongsian gerak kerja oleh beberapa wakil IKRAMedia PANDAI iaitu Humanitarian Care Malaysia (HCM), IKRAM Wilayah Persekutuan, IKRAM Sarawak, IKRAM Pahang, Kelab IKRAM Mesir dan IKRAM Kelantan.
Sesi ke-3 berlangsung pada sebelah petang dengan perkongsian dan perbincangan beberapa projek IKRAMedia Pusat seperti Modul dan Latihan Media, tv.IKRAM, syarikat penerbitan, penyelenggaraan laman web, portal berita, portal IKRAM serta Facebook dan media sosial IKRAM.
Para peserta turut diberi penerangan tentang Manual Identiti Korporat IKRAM tentang etika penggunaan logo IKRAM dengan betul.
Para peserta dan Anugerah FB Negeri Terbaik
Dalam sesi pembentangan Facebook dan media sosial, penganjur melakukan kejutan dengan menganugerahkan FB IKRAM Johor sebagai FB Negeri Terbaik dengan bilangan tertinggi ‘like’ antara FB IKRAM Negeri yang lain. Anugerah disampaikan oleh Hj Mahdzir kepada Pengerusi IKRAMedia Johor (IMeJ), Sdr Ahmad Hisham Ahamad Walat.
Dalam muzakarah tersebut, beberapa rumusan telah digarap untuk tindakan IKRAMedia di semua peringkat antaranya:
- Memperkasakan IKRAMedia PANDAI dengan struktur organisasi yang jelas, mempunyai peralatan media yang minimum dan menyertai latihan asas media yang disediakan.
- Meningkatkan visibility IKRAM PANDAI dengan memgemaskini FB dan laman web setiap hari di samping menghebahkan kenyataan media IKRAM dan program-program IKRAM di peringkat nasional.
- Menyeragamkan penggunaan domain portal IKRAM dan e-mel di semua peringkat.
- Mematuhi penggunaan logo IKRAM dengan betul berdasarkan Manual Identiti Korporat IKRAM. Menjayakan penyiaran berita dalam tempoh 12 jam dan respon isu dalam masa 24 jam.
- Memujudkan satu bank data sebagai perkongsian bahan antara IKRAMedia PANDAI
- Membuat hebahan program-program IKRAM melalui slot Hebahan Masjid Radio IKIMfm dan saluran-saluran yang seumpama dengannya.
Dengan adanya MIN14 ini, diharapkan gerak kerja IKRAMedia dapat terus digemblengkan untuk menyebarkan dakwah, kebaikan dan rahmat Islam untuk semua, insyaa-Allah.