Iklan Jawatan Kosong


Jabatan Penerangan dan Media IKRAM

1.      PENGARAH MEDIA (1 orang)

Tanggungjawab:

1.  Mengetuai Jabatan Media IKRAM yang mengurus dan mengawal semua aktiviti media dan penerangan Pertubuhan IKRAM Malaysia.
2.  Merangka dan melaksanakan Pelan Strategi Media IKRAM dengan cekap dan berkesan.
3.  Memastikan pendirian, pandangan dan aktiviti IKRAM mendapat liputan media yang sewajarnya.
4.  Menyediakan penanda aras dan mengusahakan amalan terbaik media bagi IKRAM.
5.  Menjadi penasihat media kepada IKRAM.

Kelayakan dan kelulusan:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya dalam bidang Komunikasi Massa atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang media atau yang berkaitan.
  • Mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang media atau yang berkaitan yang dikendalikan.
  • Mestilah sekurang-kurangnya Ahli Aktif IKRAM.

2.      WARTAWAN (1 orang)

Tanggungjawab:

    1.  Mendapatkan dan menulis berita dalam dan luar negara.
    2.  Menghantar berita kepada Editor setiap hari untuk diproses dan disiarkan.
    3.  Menemubual tokoh/individu berkaitan sesuatu isu.
    4.  Menulis serta mengedit bahan berita atau wawancara dengan lengkap dan menghantarnya kepada Editor.
    5.  Merancang dan berusaha mendapatkan bahan-bahan yang baik dan berkualiti.

      Kelayakan dan kelulusan:

      • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
      • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
      • Berupaya bekerja menepati ‘deadline’ yang ditetapkan untuk sesuatu tugasan.
      • Memiliki minat yang tinggi dalam bidang media serta boleh bekerja tanpa pengawasan yang berterusan.
      • Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan adalah satu kelebihan.
      • Mampu berbahasa Inggeris dan Arab dengan baik serta mempunyai komputer dan akses internet di rumah juga adalah satu kelebihan.
      • Mempunyai sahsiah dan amalan Islam yang baik.

      3.    EDITOR VIDEO (1 orang)

      Tanggungjawab:

      1.  Mencadangkan pelan projek video yang sesuai kepada IKRAMedia Pusat untuk diterbitkan.
      2.  Menggunakan sistem penyuntingan video kawalan komputer untuk menyediakan rakaman video.
      3.  Menjadi jururakam video rasmi dan editor video rasmi IKRAM.

      Kelayakan dan kelulusan:

      • Tamat pengajian dari kolej atau universiti atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam kurikulum yang sesuai berkaitan dengan pengeluaran video atau multimedia.
      • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam kerja-kerja pengeluaran video dan multimedia.
      • Mempunyai pengetahuan mengenai peralatan video serta teknik penyuntingan video berkomputer.
      • Mampu bekerja secara bersendirian dengan berkesan tanpa pengawasan berterusan.
      • Mampu berbahasa Inggeris dan Arab dengan baik adalah satu kelebihan.
      • Mempunyai sahsiah dan amalan Islam yang baik.


      Jabatan Tarbiah IKRAM

      4.    EKSEKUTIF TARBIAH (1 orang)

      Tanggungjawab:

      1. Membantu pengurus sebagai sekretriat untuk menubuhkan pusat latihan tarbiah IKRAM:

      a) Menyelaras pelan pembangunan latihan (software – merangkumi jadual latihan, costing beserta penceramah) bersama perunding.
      b) Menyelaras pelan pembangunan prasarana bersama perunding yang dilantik meliputi pemilihan,  perancangan dan pembangunan.

      2. Membantu perunding latihan dan daurah untuk pelaksanaan aktiviti latihan dan daurah meliputi tugas-tugas berikut:

      a) Menyediakan jadual latihan dan daurah.
      b) Menentukan logistik yang sesuai untuk setiap program.
      c) Menyediakan bajet untuk setiap program.
      d) Menyediakan dokumen dan bahan latihan.
      e) Menyelaras aktiviti latihan untuk negeri dan daerah.
      f) Membuat penilaian pada hujung sesi latihan dan daurah.
      g) Mengambil kedatangan.

      Kelayakan dan kelulusan:

      • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
      • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
      • Mempunyai dua (2) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
      • Mestilah sekurang-kurangnya Ahli Aktif IKRAM.

      Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyertakan resume serta gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.

      Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada  15 Jun 2013 kepada:

      Pengurus
      Pentadbiran Dan Sumber Manusia
      No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
      43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
      Tel: 03-89453666  Faks: 03-89451772
      Emel: rosli_ctc@yahoo.com

      (Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.)

      3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

      Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
      Hantar maklumat anda kepada kami:

      ARTIKEL TERKINI

      Kulim

      Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

      Sungai Petani

      Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

      Kubang Pasu / Alor Setar

      Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

      Pekan

      Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

      Pahang Barat

      Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

      Pahang Barat

      Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

      Kota Samarahan

      Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

      Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

      Berita Terkini IKRAM

      Dapatkan info TERKINI

      Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia