Di Masjid As-Solihin, Kg Padang Jawa, seramai 60 orang anak-anak kurang mampu dari Padang Jawa dan 60 anak-anak yatim dari Padang Jawa dan Rimba Jaya telah menerima sumbangan. Turut hadir Nazir masjid dan YDP IKRAM Shah Alam, Hj Norazmi Mat Noh.
Dengan kerjasama aktivis belia dan remaja IKRAM daerah, peserta diisi dengan program motivasi yang dimulakan dengan persembahan slaid-slaid yang menunjukkan kebesaran Allah SWT melalui ciptaan-Nya dan pengukuhannya melalui penemuan sains.
Peserta kemudiannya dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti berkumpulan. Selesai makan tengahari dan solat Zuhur, diadakan majlis penyampaian baucer sumbangan kepada para peserta.
Sdr Amizi memperkenalkan IKRAM (foto 1) dan penerima-penerima sumbangan di Padang Jawa (foto 2 & 3).
Di Surau Al-Falah Seksyen 26, majlis bermula pada 10.00 pagi dihadiri oleh Ketua penduduk Kg Baru Hicom dan Pengerusi JKKM IKRAM Shah Alam, Saudara Amizi Yahya. Amizi turut memperkenalkan IKRAM kepada para ibu bapa dan anak-anak dan kemudiannya diiringi dengan majlis penyampaian baucer sumbangan kepada 60 anak-anak yang kurang mampu.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa yang kurang mampu, menambah motivasi anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan yang baru serta menjalin hubungan antara IKRAM Shah Alam dan penduduk tempatan.
Di samping itu, IKRAM Shah Alam turut merancang untuk mengadakan program susulan agar usaha-usaha dakwah di sana sentiasa berterusan, insya-Allah.