“Masih Ada Yang Sayang” untuk fakir miskin Kuala Pahang

Turut serta dalam program ini ialah Haji Samsudin Abdullah (YDP IKRAM Pahang), Mohd Husni Abdul Shukor (Bendahari IKRAM Pahang), Badrul Hisham Mohd Daud (AJK IKRAM Pahang) dan Pengerusi JK Masyarakat Madani dan Pembangunan Masyarakat IKRAM Pahang, Ustaz Alwi Muda.

Di pihak PAS, turut hadir ialah Ustaz Abu Kasim Manaf (YDP PAS Pekan) bersama Cikgu Abu Kasim (Timbalan YDP PAS Pekan), Abdul Rahim (Setiausaha MTD Peramu Jaya), Saudara Nazahar (Ketua PAS Cawangan Kuala Pahang) menyerikan program tersebut. Ustaz Abu Kassim telah diberikan penghormatan menyampaikan ucapan dan tazkirah dalam majlis tersebut.

Dalam tazkirahnya, Ustaz Abu Kasim mengingatkan agar diberikan tumpuan kepada masa dua hari ini (sebelum Syawal) untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala. Menurut beliau, al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan sepatutnya menjadi panduan dalam membentuk diri kita, masyarakat dan negara.

Tambahnya, seluruh sistem dalam hidup ini sepatutnya tunduk di bawah petunjuk al-Quran.  Beliau menyarankan agar segala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan diteruskan pada bulan-bulan yang lain seperti pembacaan al-Quran, puasa sunat, sedekah, infaq dan lain-lain.

Dalam ucapan perasmian pula, Haji Samsudin mendatangkan beberapa ayat dalam surah al-Maa’un yang menyarankan agar orang-orang beriman tidak mengherdik anak yatim dan memberi makan orang-orang miskin. Beliau juga berpesan walaupun kita tidak mempunyai kemewahan dunia seperti manusia lain, tetapi mungkin kita akan lebih kaya pada hari akhirat dengan amalan soleh yang kita lakukan di atas dunia.

Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin yang telah disampaikan oleh Ustaz Abu Kassim dan Haji Samsudin kepada 100 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada masyarakat setempat.

Sungguh, Ramadhan merupakan bulan kebajikan bagi merebut pahala infaq yang berganda bagi membantu golongan yang memerlukan. Semoga kerjasama dalam kebajikan ini berterusan pada bulan-bulan yang lain tanpa mengira fahaman politik demi kepentingan ummmah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia