Seminar yang menarik perhatian golongan pemimpin muda ini telah disampaikan oleh Prof Madya Mohamad Saidy Ismail, AJK Penerangan dan Media IKRAM Pusat. Fokus utama beliau adalah kemahiran-kemahiran asas memimpin dan strategi-strategi mencapai kecemerlangan dalam amal dakwah di sesebuah institusi.
Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) cawangan Sabah, Maahad Tahfiz Kepayan, Kota Kinablu serta golongan profesional muda telah mengambil bahagian. Penglibatan peserta seminar ini akan melahirkan barisan pelapis kepimpinan IKRAM Sabah.