Bengkel IKRAMedia gilap kemahiran menulis aktivis media Sabah

Bengkel yang dianjurkan oleh IKRAM Sabah dan Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM Pusat ini telah menghimpunkan 13 orang aktivis media IKRAM Sabah. Mereka adalah aktivis media daripada kalangan mahasiswa pelbagai Intitusi Pengajian Tinggi termasuk Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi MARA. Bengkel ini bermula dari pukul 9 pagi tadi hingga 5 petang bertempat di sebuah pusat multimedia.


ikramedia sabah

ikramedia sabah

Melalui bengkel ini, peserta didedahkan dengan kaedah penulisan berita yang betul dan berkesan, kaedah mengambil foto yang menarik serta kaedah menggunakan alat-alat media baru dalam bidang kewartawanan.

Fasilitator yang mengendalikan bengkel tersebut ialah Editor Perunding Malaysia Harmoni, Profesor Madya Mohamad Saidy Ismail dan Saudara Zulkarnain Jamaluddin yang merupakan ahli Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM Pusat.

Bengkel IKRAMedia Peringkat Negeri Sabah ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Sabah Dr Zainal Arifin Mustapha yang diiringi dua ahli jawatankuasa IKRAM Negeri. Bengkel ini merupakan bengkel latihan keempat dianjurkan IKRAMedia Pusat tahun ini selepas bengkel peringkat Zon Tengah, Zon Timur dan bengkel khas melibatkan peserta-peserta IKRAM UK-Eire.

ikramedia sabah

ikramedia sabah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia