IKRAM merasa amat berbesar hati kerana telah diundang secara rasmi untuk menghadiri majlis yang bersejarah dan gilang-gemilang ini.
IKRAM telah diwakili oleh Ust Haris Bain, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pusat yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM. Turut hadir adalah Dr Hafizal Yunus yang mewakili IKRAM UK-Eire dan Ustaz Zahid Naser yang mewakili Pemuda IKRAM.
Majlis perasmian ini dihadiri oleh Mohamed Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan sebelumnya dan beratus-ratus para pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan di Mesir, dan sejumlah besar pemimpin, wakil-wakil parti politik serta tokoh politik dan delegasi asing.
Wakil-wakil gerakan Islam seluruh dunia juga hadir dalam majlis ini antaranya Dr Hammam Saeed, Ketua Ikhwanul Muslimin di Jordan, Hamzah Mansur, Setiausaha Agung Parti Amal Islam, Jordan dan Mustafa Osman Ismail, Penasihat Presiden Sudan, serta delegasi daripada Turki, Australia, Sudan dan Somalia.
Dr Badi’ menggunting pita tanda pembukaan rasmi ibu pejabat
|
Wakil-wakil IKRAM yang hadir |
(Gambar ihsan: www.ikhwanonline.com)
Dr Badi’ menggunting pita sebagai tanda pembukaan rasmi ibu pejabat
(gambar ihsan: www.ikhwanonline.com)