Kenyataan Media Wanita IKRAM sempena Hari Wanita Sedunia 2011

2.0 Tema sambutan pada tahun ini yang juga merupakan sambutan yang ke-100 tahun adalah ‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’ (Peluang yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan meraih kerjaya yang baik kepada wanita).’ Jelas bahawa tema Hari Wanita Sedunia tahun ini terus memberi penekanan perjuangan hak dan kesamarataan wanita, kali ini dengan menuntut pemberian hak serta peluang yang sama rata dalam mendapat pendidikan, latihan dan sains dan teknologi bagi membolehkan wanita mencapai tahap kerjaya yang baik sebagai usaha memartabatkan kaum wanita.

3.0 Sempena sambutan ini, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia yang telah ditubuhkan pada 3 Oktober 2010 ingin turut serta dalam meraikan hari yang bersejarah ini. Sebagai sebuah sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu sebuah NGO Islam, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia berusaha memainkan peranan menggembleng tenaga wanita dalam memperjuangkan isu-isu wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti yang digariskan oleh syara’. Wanita IKRAM komited untuk membangunkan potensi dan kepimpinan wanita yang akan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah seluruhnya. Wanita IKRAM yakin bahawa usaha-usaha dalam memperjuangkan isu-isu wanita tidak digerakkan secara bersendirian tetapi perlu digerakkan melalui jalinan hubungan dan membina gabungan bersama pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain.

STATUS WANITA DI MALAYSIA

4.0 Penilaian secara sepintas lalu dalam situasi Malaysia, menunjukkan bahawa kedudukan wanita di negara ini sudah jauh ke hadapan dari segi penglibatan mereka di dalam kerjaya dan pembangunan masyarakat serta negara. Ia juga sekali gus menggambarkan polisi pendidikan Negara dalam memberi peluang yang sama rata kepada kaum wanita untuk mendapat pendidikan, telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif daripada kalangan kaum wanita bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri dan berdaya saing dalam kehidupan. Jika kesaksamaan menjadi kayu ukur kejayaan yang diperjuangkan, dapat dilihat bahawa wanita di Malaysia telah berupaya menceburi dalam hampir kesemua bidang yang diceburi oleh kaum lelaki.

5.0 Namun demikian, pada masa yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya. Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang turut terjebak di dalam gejala-gejala ini. Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemajuan dan kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa kini yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual tidak dapat menjamin dan tidak berupaya untuk melindungi diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman. Walaupun wanita telah maju dari sudut pendidikan tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan wanita yang lemah. Sekali gus ini menunjukkan bahawa perjuangan wanita yang hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam semua bidang semata-mata berdasarkan pencapaian material, bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai keadilan tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh kepada isu yang dihadapi oleh wanita masa kini. Apa yang jelas, adalah kehidupan ummah pada masa kini dilihat makin jauh menyimpang dari landasan hidup syariah yang telah disusun oleh Allah SWT.

SARANAN

6.0 Justeru, sempena sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia 2011, Wanita IKRAM menyeru agar

• Umat Islam di negara ini kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik dapat dinikmati dalam erti kata sebenar.

• Perjuangan pembelaan hak wanita pula hendaklah selaras dengan apa yang digariskan oleh syarak iaitu untuk memartabatkan kedudukan wanita yang benar-benar sejahtera merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Keadaan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT.

• Pembangunan potensi wanita mesti berasaskan kepada satu sistem nilai yang menyeluruh meliputi pengukuhkan jatidiri yang juga merangkumi aspek aqidah dan pegangan hidup, akhlak, jasadiah dan insaniah.

• Semua pihak perlu terus memberikan sokongan kepada kaum wanita untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan agar wanita dapat sama-sama menyumbang dalam sektor pekerjaan. Namun pada masa yang sama tidak mengambil kesempatan dan mengeksploitasi wanita dari sudut ekonomi dan kewangan.

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia 2011.

 

USTAZAH MAZNAH DAUD
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (2010-2014)

 

Kenyataan ini disokong bersama oleh Pertubuhan Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia