9 Aktivis Misi FFC ke Gaza, Selamat Tiba di Malaysia

SEPANG – Sembilan aktivis Malaysia daripada misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG), selamat tiba di tanah air petang semalam.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 4.01 petang, setelah menaiki pesawat Turkish Airlines TK60, pada Ahad 1.40 pagi dari Istanbul.

Isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyambut kepulangan mereka, termasuk anggota keluarga dan penyokong yang setia menunggu dengan sabar di Balai Ketibaan.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara, menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad, yang dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lepas, sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Anwar Ibrahim dilaporkan telah menghubungi Presiden Turkiye Presiden, Recep Tayyip Erdogan, dalam menyelamatkan aktivis Malaysia dan usaha diplomatik dijalankan bagi menguruskan proses penghantaran pulang rakyat Malaysia.

Pada 10 Oktober, sembilan aktivis itu dibebaskan dan telah dipindahkan keluar dari Israel menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dan tiba di Istanbul, Turkiye, pada petangnya.

Dalam pada itu, Malaysia merakamkan penghargaan kepada Turkiye atas kerjasama erat dalam proses membebaskan dan membawa pulang sembilan aktivis Malaysia yang ditahan Israel.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan misi membawa pulang sembilan peserta FFC dan TMTG dari Istanbul ke tanah air tercinta.”

“Kerajaan Malaysia juga ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada negara-negara sahabat atas kerjasama diplomasi yang dihulurkan,” katanya dalam sidang media.

Anwar turut menyumbangkan telefon bimbit baharu kepada aktivis misi FFC x TMTG, yang disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

“Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini, mereka akan dihadiahkan telefon bimbit setelah telefon mereka dicampak ke dalam laut.”

“Jadi, hari ini beliau (Anwar) tunaikan janji untuk berikan telefon bimbit kepada semua aktivis,” katanya dalam sidang media.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan dari 25 negara yang disertai kira-kira 150 aktivis, menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad.

Kapal-kapal itu telah dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lepas, sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.

Lapan rakyat Malaysia di kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil, manakala seorang lagi doktor perubatan Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia