84 Peratus Rakyat Malaysia Tiada Simpanan Bulanan

84 Peratus Rakyat Malaysia Tiada Simpanan Bulanan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan berdasarkan kaji selidik Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

“Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menyimpan secara tetap untuk jangka pendek sebelum dikeluarkan semula pada hujung bulan bagi menampung perbelanjaan harian,” kata Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Beliau berkata, data itu juga menunjukkan 52 peratus berasa sukar untuk mengetepikan RM1,000 bagi kegunaan kecemasan.

“Selain itu, 76 peratus rakyat Malaysia mempunyai belanjawan, tetapi tidak semua benar-benar mematuhi belanjawan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP pada Selasa, yang disempurnakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Mengulas mengenai inisiatif Belanjawanku, Ahmad Badri berkata, aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya itu menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum bagi pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan mengikut kadar isi rumah berbeza.

“Inisiatif berkenaan mampu membantu rakyat untuk merancang kewangan dan perbelanjaan dengan lebih berhemah dan sebagai projek rintis.”

Terdahulu, panduan ini pada mulanya dibangunkan pada tahun 2019 untuk pengguna di Lembah Klang sahaja.

“Namun kini panduan BelanjawanKu diperluaskan untuk kegunaan pengguna di 11 kawasan utama di seluruh negara seperti Johor Bahru, Alor Setar dan Kuching,” ujarnya.

Menurutnya, sehingga Mei lalu, aplikasi Belanjawanku merekodkan 12,000 jumlah muat turun.

Dalam pada itu, Pengarah SWRC, Profesor Datuk Dr Norma Mansor berkata, faktor tahap celik kewangan yang rendah serta peningkatan kos sara hidup menjadi faktor rakyat Malaysia mempunyai simpanan rendah selain hutang tinggi dan kebankrapan tinggi dalam kalangan belia.

“Aplikasi BelanjawanKu memainkan peranan sebagai panduan untuk perancangan kewangan dan pengurusan hutang individu selain mengesyorkan jumlah simpanan untuk kegunaan masa depan.”

Selain itu, menurutnya, pembuat dasar juga boleh menggunakan BelanjawanKu sebagai penanda aras dalam menangani isu kos sara hidup, pariti kuasa beli dan membasmi kemiskinan.

Buku Belanjawanku boleh dimuat turun secara percuma di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, manakala aplikasi Belanjawanku juga boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

KWSP merupakan ahli FEN yang mengendalikan kajian berkenaan menerusi data Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 hingga 2023.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia