60,000 Rakyat Palestin Syahid: Apa Lagi Usaha Kita?

Hakikatnya, tidak perlu lagi penjelasan panjang untuk menggambarkan keadaan buruk ini. Seramai 60,000 jiwa telah terbunuh, manakala 2 juta lagi yang masih hidup menjadi sasaran serangan udara, tembakan, dan paling kejam sekatan makanan dan minuman.

Menurut UNRWA, lebih 100 individu syahid akibat kelaparan, 100,000 kanak-kanak kecil berisiko kematian jika susu formula tidak segera masuk, manakala 600,000 kanak-kanak lain kini berada dalam keadaan amat lapar.

Bayangkan kesakitan yang mereka alami sebelum meninggal dunia akibat kelaparan, ia pasti amat pedih dan menyeksakan. Malah, mungkin lebih menyakitkan daripada ditembak peluru kerana kematian akibat kelaparan berlaku secara perlahan-lahan.

Para ayah terpaksa keluar daripada khemah kerana tidak sanggup mendengar raungan anak-anak dan isteri yang meminta makanan dalam tangisan. Para ibu pula terpaksa melihat bayi mereka terus mengurus sehingga tinggal tulang dan kulit semata-mata.

Para wartawan di Gaza juga tidak terkecuali. Ada yang terlalu lemah untuk berdiri, lidah mereka kering kerana kehausan dan tubuh mereka tidak bertenaga. Mohammad Qita, seorang wartawan Gaza, pengsan beberapa hari lalu ketika sedang melaporkan keadaan kelaparan dalam keadaan beliau sendiri tidak makan selama beberapa hari.

Sejumlah dalam kalangan penduduk Gaza kini tidak mampu berkomunikasi dengan baik, menumpukan perhatian atau mengangkat objek berat akibat kekurangan makanan berkhasiat dalam tempoh yang panjang.

Dalam masa yang sama, musuh terus membedil Gaza tanpa henti, menembak penduduk seperti bermain permainan video, bukan untuk tujuan ketenteraan. Tiada apa-apa alasan lagi yang boleh diberikan untuk membiarkan jenayah ini terus berlaku.

Tujuannya bukan untuk melumpuhkan Hamas lagi, melemahkan ketenteraan atau mengembalikan tebusan, tetapi membunuh 2.3 juta penduduk Gaza secara serentak dan memaksa mereka keluar dari bumi ini.

GHF: Perangkap Maut

Bantuan melalui GHF (Gaza Humanitarian Foundation) yang dikawal tentera Amerika hanyalah alat untuk membunuh lebih ramai penduduk. Penduduk Gaza hari ini menyebutnya sebagai مصائد الموت (Perangkap Maut).

Kaedah pengagihan ini amat hina. Mereka memasang dawai jaring besi di laluan sempit sambil menghalakan senjata ke arah penduduk. Ini bukan lagi pusat agihan bantuan, tetapi seperti memberi makan ayam dalam sangkar, malah lebih hina kerana penerima bantuan terdedah kepada serangan dan penghinaan.

Akibatnya, ramai penduduk tidak berani ke pusat agihan kerana risiko ditembak ketika mengambil bantuan amat tinggi. Hari ini, dilaporkan seorang kanak-kanak berjalan sejauh 12 kilometer untuk mendapatkan bantuan.

Semasa mengambil bantuan, beliau mengucapkan terima kasih kepada petugas. Tidak lama kemudian, kanak-kanak tersebut ditembak tentera Yahudi. Bukan dia sahaja, semua penduduk Palestin yang bersamanya turut menjadi sasaran, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Apa yang Kita Lihat, Hanya 5% daripada Realiti

Itu pun belum menggambarkan penderitaan sebenar. Kita mungkin biasa melihat video kanak-kanak kurus kering menangis sambil menjerit “أنا جوعان” (Saya lapar), tetapi apa yang kita lihat di media sosial hanyalah sekitar 5% daripada keadaan sebenar.

Majoriti penduduk tidak memiliki peranti untuk merakam keadaan mereka. Jika ada sekalipun, akses internet terlalu mahal. Maka, apa yang terhidang kepada kita di media sosial hanyalah cebisan kecil daripada realiti yang jauh lebih mengerikan.

Entiti penjajah terus dibiar dan diberikan sokongan tanpa syarat

Rejim Zionis berani melakukan apa sahaja kerana mendapat kebenaran daripada Amerika Syarikat dan tiada tentangan keras setiap kali melanggar undang-undang antarabangsa.

Seperti difatwakan Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada April lalu, umat Islam seharusnya bersatu menentang musuh. Kalau bukan sekarang masanya, maka tiada waktu yang lebih sesuai untuk umat bersatu.

Jika tidak mampu bergerak secara ketenteraan, gunakan senjata politik, ekonomi dan kelebihan geografi yang Allah berikan kepada negara Islam. Semua pengkhianatan yang menguatkan ekonomi dan kedudukan entiti penjajah harus dikritik dan dibantah secara terbuka sehingga berlaku perubahan efektif.

Ulama dan peranan mereka

Kini, 2.3 juta penduduk Gaza sedang dibunuh secara serentak. Kelima-lima maqasid syariah penjagaan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan, semuanya dilanggar musuh.

Fatwa mewajibkan jihad melawan rejim Zionis telah dikeluarkan sejak 1956 oleh Ulama al-Azhar, dan ia kekal relevan sehingga kini, sama ada secara ketenteraan, politik, ekonomi atau sosial.

Kita harus memuji para ulama al-Azhar, Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan ramai ulama lain yang mengeluarkan fatwa, pandangan, dan peringatan demi memerdekakan Palestin. Mereka mengambil risiko besar, nyawa mereka dan keluarga boleh menjadi sasaran pembunuhan oleh Mossad yang beroperasi di kebanyakan negara Arab dan termasuk Turki.

Namun, mencabar para ulama dengan persoalan mengapa mereka sendiri tidak berperang adalah tidak wajar. Para ulama tidak memiliki tentera, kemahiran ketenteraan atau keupayaan membuat dasar. Tugas ulama adalah memberi peringatan, petunjuk berlandaskan Islam, dan menghalang kemungkaran mengikut kemampuan mereka.

Pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat Rasulullah SAW, kebanyakan panglima ketenteraan bukanlah ulama. Khalid al-Walid, Syurahbil bin Hasanah, dan Amru bin al-‘As bukan ulama atau fuqaha’ utama, tetapi merekalah pemimpin ketenteraan yang berkelayakan.

Jangan berhenti menyeru dan berputus asa

Marilah kita meningkatkan segala usaha yang telah kita lakukan sebelum ini, doa, sumbangan, penyebaran kesedaran dengan maklumat sahih, perkongsian video dan gambar di setiap platform media sosial.

Kepada ahli politik dan pemegang kuasa, sekaranglah masanya memutuskan hubungan dengan entiti Zionis dari sudut politik, ekonomi, dan sosial. Bekerjasama dengan mereka bermakna membantu mereka mengurung 2.3 juta umat Islam, menghalang mereka daripada mendapat makanan, minuman dan keperluan asas.

Ingatlah hadis Rasulullah SAW, seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan. Apatah lagi bagi mereka yang membunuh atau bersekongkol dengan pembunuh 2.3 juta umat Islam di Gaza.

Usaha kita mungkin tampak kecil, tetapi jika dua bilion umat Islam, daripada rakyat biasa hingga pemimpin politik berganding tenaga, ia akan menjadi gerakan besar yang mampu mengubah keadaan, termasuk memastikan makanan sampai ke penduduk Gaza.

Ustaz Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia