6 pakej MyKorban, RM1.6 juta

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, kempen MyKorban tahun ini mensasarkan RM1.6 juta dan bakal dilaksanakan di 14 buah negara.

Negara-negara tersebut ialah Bangladesh, Filipina, Iraq, Kemboja, Lubnan, Malaysia, Myanmar, Palestin, Somalia, Sri Lanka, Sudan, Syria, Vietnam dan Yaman.

“MyKorban menawarkan dua pakej korban lembu dan empat pakej korban kambing,” kata beliau semasa Sidang Media Pelancaran MyKorban 1438H di Ibu Pejabat MyCARE di sini.

Pakej-pakej tersebut ialah:

  • Pakej A (RM1,500) – Korban lembu di Palestin, Syria, Iraq, Lubnan dan Yaman
  • Pakej B (RM480) – Korban lembu di pelbagai lokasi
  • Pakej W (RM590) – Korban kambing di pelbagai lokasi
  • Pakej X (RM1,100) – Korban kambing di Syria
  • Pakej Y (RM500) – Korban kambing yang dibekukan
  • Pakej Z (RM600) – Korban kambing yang ditinkan

Negara yang menerima manfaat pakej korban yang dagingnya ditinkan (Pakej Z) dan satu lagi pakej yang dagingnya dibekukan (Pakej Y) ialah Palestin, Syria, Iraq dan Lubnan.

“Kelebihan korban yang ditinkan ini ialah, ia boleh dijadikan stok makanan dalam waktu kesukaran juga boleh disimpan untuk tempoh yang lama walaupun tiada peti sejuk.”

“Jadi ia sangat sesuai untuk dihantar ke kawasan yang bergolak dan khemah-khemah pelarian,” tambah beliau.

Selain itu, MyKorban turut mengusahakan satu inisiatif jangka panjang, iaitu bagi membantu pendidikan umat Islam Vietnam.

Kutipan dana yang telah diterima telah dimanfaatkan untuk membeli dua lot tanah bagi tapak kekal Madrasah Darussalam, iaitu satu-satunya institusi pendidikan di Vietnam buat masa ini, yang dibenarkan untuk mengajar mata pelajaran fardhu ain.

Sumbangan yang diterima juga turut dimanfaatkan untuk membiayai proses tukar milik tanah. Untuk memastikan kesinambungan pelajaran di madrasah tersebut, pembinaan satu bangunan empat tingkat telah dirancang. Dana berjumlah RM2 juta adalah diperlukan dengan segera.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi facebook MyKorban, hubungi 019-2276760 atau 011-1234 8212. Penyertaan korban dan aqiqah juga boleh dibuat secara whatsapp dan telegram.

Bayaran boleh dibuat ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad di Maybank (5642-5856-0698), CIMB (8602-135-592) dan Bank Islam (1209-2010-0349-04).

Sila hantarkan slip bank atau bukti pembayaran beserta nama penuh, alamat, no. hp, e-mel, pakej pilihan dan jumlah bayaran ke nombor tertera di atas atau e-mel mykorban@mycare.org.my.

Turut hadir beberapa wakil-wakil NGO pelaksana iaitu Mr. Ahmad Kayed (HRD Lebanon – Syria), Mr. Khaldun Mazhaji (CSSW – Yaman), Mr. Ziyad Shehada (PCOM – Palestin), Ibrahim Ali (Myanmar), Mr. Salah Adam (ISWO – Sudan) dan Pn. Quraisy (ACT – Filipina).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia