5B untuk ‘Memacu Perubahan Menuju Kampus Harmoni’

 Perubahan 5B tersebut adalah bermula dengan:

  • Berubah daripada minda dipimpin kepada minda memimpin
  • Berubah daripada eksklusif kepada inklusif
  • Berubah daripada elitis kepada massa
  • Berubah daripada mencontohi kepada dicontohi, dan
  • Berubah daripada pasif kepada aktif

“Gagasan Kampus Harmoni pasti akan menuntut suatu perubahan yang besar dalam IKRAM Siswa demi memastikan IKRAM Siswa dapat membawa perubahan di dalam kampus dan negara,” jelas beliau dalam Perhimpunan IKRAM Siswa Nasional 2015 (PISN ‘15) yang telah berlangsung di Crystal Ballroom, Mines 2 di sini pada Sabtu 22 Ogos lalu.

   

Ucapan perasmian, Tokoh Mahasiswi dan pimpinan IKRAM Siswa Nasional sedang mendengar perbahasan perwakilan

Perhimpunan bertemakan ‘Memacu Perubahan Menuju Kampus Harmoni’ yang dihadiri lebih 200 perwakilan yang terdiri daripada pimpinan utama IKRAM Siswa dari seluruh negara telah dirasmikan oleh Naib Presiden IKRAM, Haji Shahrul Aman Mohd Saari di mana dalam ucapannya, beliau inginkan mahasiswa berkembang dengan neraca yang betul iaitu neraca iman dan takwa, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Perhimpunan tahunan ini bertujuan untuk menilai pencapaian IKRAM Siswa Nasional setelah lebih setahun berkhidmat, berkongsi halatuju IKRAM Siswa kepada para perwakilan menerusi Ucapan Dasar Presiden serta menjadi medium muhasabah dan diskusi antara pimpinan IKRAM Siswa di peringkat cawangan dan nasional.

Dalam PISN ’15 ini, tiga anugerah turut disampaikan iaitu Tokoh Mahasiswa kepada Muhammad Miqdam Mohd Rashid dari USIM yang juga Pengerusi IKRAM Siswa USIM Nilai, Tokoh Mahasiswi kepada Nik Fatma Amirah Nik Muhamad, mahasiswi jurusan Bahasa Arab dari UIAM dan Anugerah IKRAM Siswa Cawangan Terbaik kepada IKRAM Siswa USIM Nilai.

 

Pimpinan IKRAM Siswa Nasional bersama sebahagian perwakilan PISN ’15

PISN ’15 turut merakamkan penghargaan kepada ‘Ammar Sahrim  selaku Naib Presiden 1 dan Uwais Al-Qarni bin Azland Zulfizzazuddin yang telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa IKRAM Siswa Nasional.

Proses pengundian bagi memenuhi kekosongan jawatan telah berlangsung dan menyaksikan Amir Syafiq Alias telah terpilih sebagai Naib Presiden 1 baharu, sementara Irfan Mohd Nor dan Fathimah Az-Zahara Ainollutfi dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa baharu.  

Sumber: http://www.ikramsiswa.com/archives/1072

Foto PISN ’15: http://on.fb.me/1LCE7kh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia