529 dihukum mati: 1,000 berhimpun di hadapan kedutaan Mesir

Para peserta himpunan anjuran Pemuda PAS Pusat dan NGO Gabungan Malaysians For Egypt (M4E) berarak sambil melaungkan bantahan selepas solat Jumaat dari Ampang Point ke kedutaan Mesir kira-kira 20 minit melalui Jalan Ampang, sambil membawa sepanduk bantahan, simbol Rabia dan sokongan kepada para penyokong Morsi.

Sebaik tiba di kedutaan dengan kawalan pihak polis, beberapa wakil himpunan tidak dapat menyerahkan memorandum bantahan kerana pintu masuk ke bangunan kedutaan Mesir ditutup.

Menurut Pengerusi M4E Ustaz Wan Subki Wan Salleh, meskipun telah mendapat kebenaran pihak polis, para pegawai dalam bangunan kedutaan berdolak-dalik untuk membenarkan pihaknya masuk, bahkan hanya meminta meletakkan memorandum bantahan tersebut di bawah (pintu) besi.

Tambah beliau, pihaknya akan melakukan tindakan yang lebih agresif iaitu mendesak kerajaan Malaysia supaya membuat satu kenyataan yang tegas dan jelas dari sudut kemanusiaan, bahawa mereka tidak setuju dengan apa yang berlaku di mahkamah Mesir.

Meskipun gagal menyerahkan memorandum ditambah dengan cuaca yang panas terik, ia tidak mematahkan semangat peserta himpunan untuk mendengar ucapan para pimpinan NGO dan parti politik dalam menyatakan solidariti untuk membantah hukuman yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ke atas para penyokong Morsi.

Ustaz Tarmizi (MAPIM), Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS) dan Ustaz Wan Subki Wan Salleh (Pengerusi M4E).

Hj Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM), YB Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK) dan YB Teo Kok Seong (Ketua Pemuda DAP).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia