Kira-kira 700 orang mualaf (saudara baru) hadir dalam majlis ini termasuk 40 orang jemputan bukan Islam pada Sabtu 18 Jun lalu dengan jemputan istimewa Dr Zaharuddin Abd Rahman, Munif Ahmad (Hijjaz) dan Zamri Vinoth yang turut memberikan sokongan.
Persembahan Munif dan sumbangan raya di IDCC Shah Alam
Sementara itu, seramai 200 mualaf terdiri daripada pelbagai kaum turut diraikan dalam Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) kali ke-12 yang berlangsung di Dewan Kristal TM Convention Centre, Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu 25 Jun lalu.
Pembukaan majlis tersebut diserikan dengan forum bertajuk ‘Islam Pembawa Rahmat’ bersama panel jemputan istimewa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Fitri Abdullah dan Wan Ni Huang.
Kemunculan penyanyi Mu’adz Dzulkefly, menyampaikan lagu-lagunya yang unik mencerminkan pelbagai lapisan bangsa berjaya menarik minat para hadirin. Turut hadir Timbalan Presiden IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin dan Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor.
Forum dan persembahan Mu’adz di TM Convention Centre
Dalam kedua-dua majlis anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) ini, hadirin diperdengarkan dengan alunan bacaan al-Quran, menikmati hidangan berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah. Sebelum bersurai, setiap mualaf yang diraikan menerima sumbangan wang tunai daripada HCF bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pengerusi HCF, Hj Nicholas Sylvester turut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang budiman, perasmi, tetamu jemputan, urusetia dan pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
“Moga Allah SWT membuka pintu hati lebih ramai untuk bertambah mantap iman mereka dan melimpah ruah hidayah di bumi Malaysia yang kita cintai berkat majlis MIPHC,” kata beliau.
Menurutnya, sebanyak 12 program MIPHC telah dapat dijalankan di seluruh negara di mana hampir 2,000 orang saudara baru diraikan di samping kehadiran ratusan tetamu bukan Islam. Beliau mengharapkan supaya hubungan silaturahim yang dibina terus dikekalkan dan dakwah tanah air dapat dimantapkan lagi hasil kebersamaan dalam MIPHC yang telah diadakan, insya-Allah.
Sumber: FB: Hidayah Centre | Web: Hidayah Centre