26 NGO bantah hisap vape, rokok di Parlimen

Dalam satu kenyataan media, mereka menyatakan bantahan berkaitan aktiviti menghisap vape dan rokok yang berleluasa di Parlimen Malaysia.

 

“Aktiviti ini telah berlaku semenjak sidang dewan yang bermula Julai lalu tanpa penguatkuasaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

 

“Ia menjadi lebih ketara berikutan tularnya satu video yang menunjukkan seorang Ahli Parlimen yang juga merupakan YB Menteri telah menghisap rokok elektronik atau vape semasa sesi sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung.”

 

Kenyataan itu menambah, isu ini mesti dipandang berat oleh pihak kerajaan kerana merokok rokok elektronik vape mahupun rokok konvensional di bangunan Parlimen tidak sepatutnya lagi berlaku lantaran bangunan ini telah pun diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

 

“Parlimen juga merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia dan ia adalah tempat di mana undang-undang digubal. Sebagai wakil yang telah diundi ke sini, mereka sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakyat.”

 

“Oleh hal yang demikian, kami mewakili 80 peratus daripada rakyat Malaysia yang tidak merokok menyuarakan rasa kesal atas kejadian yang telah berlaku ini,” tegas kenyataan tersebut.

 

Menurut kenyataan itu, tabiat merokok telah terbukti boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Kajian terhadap kesan penggunaan rokok elektronik/vape juga telah menunjukkan implikasi kepada kesihatan terutama untuk golongan remaja dan kanak-kanak.

 

“Penggunaan rokok elektronik atau vape yang dikatakan sebagai fungsi ‘harm reduction’ juga adalah tidak benar malah tiada bukti untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.”

 

PPPKAM dan 25 NGO turut menghargai usaha mantan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam menjadikan seluruh kawasan Parlimen sebagai kawasan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan menutup secara rasminya bilik merokok di Parlimen pada 15 Oktober 2018.

 

Kenyataan itu juga menggesa agar Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba akan terus menyambung usaha-usaha ini bagi memastikan Parlimen yang menjadi simbol kedaulatan negara tidak kembali tercemar dengan tabiat yang buruk ini.

 

Senarai NGO:
1. Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
2. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
3. Akademi Farmasi Malaysia
4. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
5. Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau & Kesihatan (MyWATCH)
6. Delegation of Nurses
7. NCD Consultant Chapter
8. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam
9. Yayasan Atfal Jannah
10. The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)
11. Medical Mythbusters Malaysia (M3)
12. Malaysian Association for Adolescent Health (MAAH)
13. Persatuan Alumni Perubatan Universiti Malaya
14. Asthma Malaysia
15. Malaysian Thoracic Society (MTS)
16. Pertubuhan Ayah Jangan Merokok
17. Pertubuhan Green Lung Malaysia
18. Public Health Malaysia (PHM)
19. Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)
20. Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang (ERA Pahang)
21. Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR)
22. Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan
23. Kelab Projek Milenium : Pelajar Ini Nekad Tidak Akan meRokok (Kelab PM-PINTAR)
24. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
25. Persatuan Suara Konsumer Sarawak (Consumer Voice Association of Sarawak)
26. Consumers Affair & Protection Society of Sabah (CAPS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia