Didik Masyarakat: IKRAM Anjur Kuliah Asas Islam Rahmah

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Pertubuhan IKRAM Malaysia buat julung kalinya telah menganjurkan Kuliah #AISAR (Asas Islam Rahmah) di Masjid Ibn Khaldun, Pekan Sungai Besi di sini pada Khamis lalu. Antara objektif Kuliah Asas Islam Rahmah ini adalah untuk berusaha mendidik masyarakat ke arah Islam yang wasatiy, cemerlang dan syumul. Kuliah Maghrib tersebut disampaikan […]
IKRAM Sertai Bengkel Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menyertai Bengkel Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan semalam di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bengkel ini dianjurkan oleh Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), sebuah agensi di bawah seliaan JPNIN dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Che Roslan Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN. Dalam ucapan perasmiannya, […]
Presiden IKRAM, ABIM dan HALUAN Sepentas di Forum YADIM

PUTRAJAYA – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia , Hj. Badlishah Sham Baharin bersama Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman duduk sepentas semalam dalam satu forum anjuran YADIM. Mereka dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Bicara Tokoh untuk mengupas tajuk “Semangat Aktivisme dalam Membangunkan Malaysia MADANI” sempena berlangsungnya Majlis […]
Lebih 300 Meriahkan Majlis Rahmah Mesra Syawal IKRAM 2025

PUTRAJAYA – Dengan tema “Syawal Dirai, Gaza Di Hati”, Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menganjurkan Majlis Rahmah Mesra Syawal IKRAM 2025 di Bizmilla Grand Hall, Shaftsbury Putrajaya semalam. Acara ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum, termasuk tokoh-tokoh politik, agamawan, agensi kerajaan, NGO, selebriti serta pengamal media dalam suasana yang penuh ukhuwah dan semangat kemanusiaan. Dalam […]
Tangguh Haji untuk Mengundi: Jangan Cetuskan Kekeliruan

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) melahirkan rasa kesal dan bimbang terhadap kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan bahawa mengundi bagi memenangkan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji dan umrah, serta menyeru umat Islam menangguhkan ibadah tersebut untuk mengundi. Pandangan ini turut disandarkan kepada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, kononnya menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah […]
Kunjungan Raya: Ibu Bapa Didik Interaksi Sosial Anak

Musim perayaan seperti Aidilfitri membawa makna yang amat mendalam kepada masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam. Di sebalik kemeriahan sambutan, acara kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara telah menjadi tradisi yang kian memudar dalam era digital ini. Peranan ibu bapa dalam memastikan tradisi ini tidak luput daripada amalan generasi baharu amat signifikan dalam membentuk hubungan kekeluargaan yang […]