Zakat Fitrah: Panduan Antara Beras Tempatan dan Import

Apabila masuk sahaja bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia menunaikan kewajipan khas yang disebut zakat fitrah. Berbeza dengan zakat-zakat yang lain, zakat fitrah diwajibkan sebagai satu bentuk penyucian kepada orang yang berpuasa, di samping bertujuan membantu golongan fakir miskin menyambut Aidilfitri dengan lebih gembira. Rasulullah SAW bersabda: Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai penyucian […]
Nuzul Quran: Titik Tolak Mengangkat Martabat Wanita

Terlahir sebagai wanita pada zaman Arab jahiliah adalah mimpi ngeri yang begitu menakutkan. Bayangkan anda menyaksikan anak perempuan sendiri ditanam ketika masih kecil, dipandang sebelah mata, dinafikan hak dalam harta, perkahwinan, sosial dan banyak lagi aspek lainnya dalam kehidupan. Turunnya wahyu al-Quran ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW adalah sebuah titik tolak kepada kehidupan yang […]
Makna Kegembiraan Orang Berpuasa di Bulan Yang Mulia

Kedatangan Ramadan telah mewujudkan satu suasana yang unik dan indah. Setiap daripada kita mempunyai memori yang tersendiri tentang Ramadan, terutamanya ketika usia kecil semasa belajar berpuasa. Kesukaran berpuasa yang telah berjaya diharungi ketika usia kecil telah menjadi plot cerita pembinaan diri yang sabar dan jiwa yang kuat hingga dewasa. Walaupun Ramadan lebih logik digandingkan sebagai […]
Berubahlah Ramadan Ini, Elak Pembaziran Makanan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang membentuk jati diri umat Islam agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya. Bahkan, Ramadan juga mengajar kita menghargai rezeki selain menyelami penderitaan golongan kurang bernasib baik. Namun, di sebalik keberkatan Ramadan, isu pembaziran makanan semakin meruncing dek masih ramai yang terjebak dengan budaya berlebihan. Maka, tidak hairanlah meja makanan dipenuhi […]
IKRAM Tolak Tohmahan Terima Dana USAID

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan tegas menolak sebarang tohmahan dan fitnah yang tersebar di media sosial bahawa kami pernah menerima dana daripada USAID. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan bertujuan untuk mencemarkan nama baik IKRAM serta menggugat kepercayaan masyarakat terhadap pertubuhan ini. Faktanya, IKRAM tidak pernah menerima sebarang bantuan atau dana daripada USAID. […]
Ramadan: Kawal Diri, Elak Perbalahan di Media Sosial

Ramadan bukan sekadar bulan yang dipenuhi dengan amalan ibadah seperti solat, puasa dan bacaan al-Quran, tetapi turut berfungsi sebagai sebuah madrasah tarbiah, iaitu sekolah pembentukan jiwa yang mengasuh akhlak, mendisiplinkan diri dan memperkukuh nilai-nilai kemanusiaan. Bulan ini dirancang oleh Allah SWT sebagai ruang untuk refleksi diri dan transformasi secara menyeluruh. Transformasi tersebut melangkaui aspek spiritual seperti […]