Bicara Islam Rahmah 2: IKRAM Hargai Pusat Islam UPM

SERDANG – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat menghargai kerjasama Pusat Islam UPM dalam penganjuran Bicara Rahmah Islam (Siri 2) bertajuk “Membongkar Misteri – Ajaran Sesat dan Bahaya Taasub” yang berlangsung semalam. “Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Pusat Islam UPM, Tn Zuhaimi Abdul Rahim A.M.P. serta kakitangan yang terlibat daripada peringkat perbincangan, […]
MyCARE Teruskan Usaha Bela Nasib Kanak-kanak Gaza

Hari Kanak-Kanak Sedunia diraikan untuk mengiktiraf dan menaikan kesedaran akan hak, suara, dan impian setiap kanak-kanak. Namun, kenyataan pahit tetap wujud apabila jutaan kanak-kanak di seluruh dunia terus bergelut dengan ketakutan, kelaparan dan kekurangan akses kepada pendidikan serta keperluan asas seperti kesihatan. Justeru, MyCARE tampil dengan komited untuk membantu kanak-kanak, khususnya mereka yang terperangkap dalam […]
Pelbagai Masalah Disiplin Pelajar IPT: Apa Faktornya?

Beberapa minggu yang lalu, masyarakat telah dikejutkan dengan kes buli pelajar yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kes buli pelajar yang berlaku pada bulan Oktober 2024 yang lalu itu mestilah diberikan perhatian serius agar tindakan dapat diambil dan masalah ini dapat dibendung pada masa akan datang. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan […]
Kes Buli: Henti Tonjol Gaya Keibubapaan Ganas

Watak Henry Bowers dalam filem IT menggambarkan seorang remaja yang sering menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bapanya. Kekerasan yang dialaminya di rumah membentuk personalitinya yang agresif, menjadikannya seorang pembuli yang kejam di sekolah. Begitu juga dengan watak Draco Malfoy dalam filem Harry Potter, yang meskipun tidak didera secara fizikal, menerima tekanan emosi dan kritikan keras […]
Pengurusan Harta Anak Yatim: Antara Amanah dan Kebijaksanaan

Pengurusan harta anak yatim merupakan satu amanah besar dalam Islam yang memerlukan ketelusan, kecekapan dan integriti. Dalam era moden ini, kita masih berhadapan dengan pelbagai cabaran yang membabitkan pengurusan harta anak yatim. Islam menuntut penjagaan yang amanah dan penuh beretika, sejajar dengan konsep Ma’ruf yang membawa kebaikan dan manfaat kepada anak-anak yatim. Kepentingan penjagaan anak […]
Data Peribadi, Perbualan Kita Diguna Untuk Iklan Produk?

Pernahkah anda berbual dengan rakan tentang sesuatu produk, lalu beberapa minit atau jam kemudian, iklan produk tersebut muncul di skrin telefon anda sama ada melalui platform media sosial atau e-dagang? Fenomena ini membuat ramai tertanya-tanya, adakah Google atau aplikasi lain benar-benar mempunyai keupayaan untuk mendengar perbualan kita melalui mikrofon seterusnya menggunakan data peribadi audio tersebut […]