Sibuk Kejar ‘Content’: Jangan Menyerupai Jantina Lain

Melihat kepada segelintir content creator kini, adakalanya berlebihan dalam mengetengahkan kandungan yang dibuat oleh mereka. Apalagi mereka menyentuh soal menyerupai sesuatu yang dilarang dalam agama dan melampau. Seorang lelaki menyerupai wanita semata hendak menghiburkan pengikut atau netizen. Ingatkah kita tentang hadis Nabi Salallahu Alaihi Wasallam: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, […]
Salahkah Suami Tidak Beri Nafkah kepada Isteri Bekerja?

Dalam kehidupan berumah tangga, tanggungjawab suami dan isteri diatur dengan teliti oleh syariat Islam. Salah satu tanggungjawab yang diberatkan kepada suami ialah memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Namun, dalam situasi isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, sering timbul persoalan: adakah suami masih wajib menyediakan nafkah kepada isteri? Adakah suami bersalah sekiranya tidak memperuntukkan nafkah? […]
Situasi Gaza Cetus Perubahan Besar Pemikiran Global

KUALA LUMPUR – Syarahan bertajuk “Pembentukan Susunan Dunia Baharu” telah dianjurkan semalam bagi meningkatkan kefahaman masyarakat berkenaan cabaran dan perkembangan geopolitik semasa yang sedang membentuk susunan dunia baru. Syarahan ini disampaikan oleh Dr. Anas al-Tikriti, seorang pakar terkenal dalam bidang geopolitik dan hubungan antarabangsa. Syarahan ini memberi tumpuan kepada isu-isu geopolitik mendesak dengan menumpukan fokus […]
IKRAM Rintis Tingkatkan Keupayaan 18 Usahawan Daripada Miskin Bandar

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berjaya meningkatkan keupayaan 18 orang usahawan dalam kalangan miskin bandar melalui Program Memperkasakan Kehidupan Komuniti Bandar (PERKASA) 2024. Para usahawan itu diraikan dalam Majlis Graduasi Program PERKASA 2024 pada pagi Ahad, 13 Oktober 2024 di Dewan Serbaguna Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur. Kelihatan para peserta berwajah gembira apabila […]
Bahaya Sikap Ghuluw: Bersedehanalah Dalam Beragama

Profesor HAMKA pernah berkata, “Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.” Metafora yang diwarisi daripada HAMKA ini mengingatkan kita tentang kepentingan ilmu dan iman seseorang. Iman yang tidak disertai dengan ilmu diumpamakan seperti lampu di tangan bayi yang dirinya tidak tahu bagaimana menggunakan dengan betul […]
Kes Bunuh: Apakah Punca Berleluasanya Jenayah Ini?

Sejak tahun 2021 hingga bulan Jun lalu, sebanyak 860 kes jenayah bunuh telah dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara. Keadaan ini bermakna sebanyak purata lima kes bunuh telah direkodkan berlaku dalam tempoh seminggu. Daripada jumlah tersebut, kes jenayah yang terlibat antaranya adalah kes jenayah bunuh bermotif, kes bunuh tidak bermotif dan kes […]