Perpaduan: Tangani Perbezaan, Wibawakan Kepimpinan

Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September merupakan dua tarikh penting Sambutan Bulan Kebangsaan yang dirai dengan meriahnya oleh semua pihak, baik kerajaan, agensi dan institusinya, organisasi bukan kerajaan mahupun rakyat marhaen. Lebih kurang enam dekad kemerdekaan dan pembentukan Malaysia disambut oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tua dan […]