Kerangka minda terbelenggu vs bercambah
Kesempurnaan ciptaan Tuhan yang dinamakan manusia ini terletak kepada keupayaan akal fikirannya. Sekalipun tubuh badannya kecil dan kudrat fizikalnya terbatas jika dibandingkan dengan setengah makhluk haiwan lain yang jauh lebih besar dan kuat, manusia menguasai persekitarannya melalui kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan otak yang luar biasa keupayaannya, manusia mampu belajar dari […]