Giliran ibu bapa jadi graduan



KUALA LUMPUR – Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah meraikan 84 orang ibu bapa yang telah menamatkan Kursus Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) pada 24 Februari lalu di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Datuk Keramat di sini.