Isu Khalwat: Hukuman Syariah Sedia Ada Selari Hasrat Sistem Perundangan Islam

1. Zina adalah satu kesalahan dan dosa besar dalam sistem perundangan Islam, malah dikeji oleh semua agama-agama utama dunia. Perbuatan zina adalah bercanggah dengan maqasid syariah yang bertujuan untuk menjaga keturunan di samping ianya merosakkan konsep hidup berkeluarga.