Surat Dr Mursi dari penjara untuk rakyat Mesir

Wahai bangsa yang bangkit mendukung revolusi yang teguh berdiri, Allah telah tentukan revolusi kita yang diberkati, iaitu Revolusi 25 Januari (2011) menghadapi pelbagai kesukaran hingga ke kemuncaknya. Namun Allah telah sediakan untuknya rijal-rijal (wira-wira) yang sebenarnya. Wira-wira yang terdiri dari lelaki dan wanita. Mesir berbangga dengan mereka di hadapan seluruh umat di dunia.