Boikot Kurma Iran – Gabungan Selamatkan Syria

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA
20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434
KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN
Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai 1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.