Konvensyen Wanita IKRAM Pulau Pinang lonjak amal dakwah wanita

PULAU PINANG – Konvensyen Wanita IKRAM Pulau Pinang yang bertemakan “Mantap Tarbiah… Jom Dakwah” telah berjaya dilaksanakan pada Ahad 26 Februari 2012 yang lalu di Dewan MPC, Kepala Batas di Seberang Perai Utara. Program ini adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Pulau Pinang dan Good Governance and Gender Equality (3Gs), sebuah NGO di Pulau Pinang.